2 MIN READRangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Internet 5G untuk semua!

Rangka Tindakan Ekonomi digital Malaysia

Dengan perkembangan pesat e-dagang di negara ini, internet yang lebih baik dan pantas amat diperlukan. Tambahan pula dengan penggunaan teknologi dan gaya hidup digital yang dapat manfaatkan pengguna pada masa kini dan akan datang.

Oleh itu, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia kini sedang bertungkus lumus untuk menaik taraf ekonomi digital negara.

Melalui inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, kerajaan akan membelanjakan sehingga RM56 bilion untuk infrastruktur dan penyambungan internet yang lebih pantas.

MyDIGITAL menggariskan matlamat dan hala tuju dalam memperluaskan penggunaan digital dalam semua sektor ekonomi.

Rancangan 10 tahun ini akan merealisasikan cita-cita negara untuk menampung 5G. Separuh dari budget akan disalurkan ke program Jalinan Digital Negara (Jendela) yang akan meluaskan liputan internet optik tetap kepada 9 juta premis menjelang 2025.

Rangka ini juga akan membantu pembelajaran atas talian para pelajar dan mencipta 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025.

Selain itu, di bawah Rangka Tindakan Digital Ekonomi Malaysia, 1.7 juta pekerja awam akan pelajari kemahiran digital menjelang 2025 dan menyediakan urus niaga tanpa tunai sebagai pilihan utama menjelang 2022.

Rangka Tindakan Digital Ekonomi Malaysia akan melalui tiga fasa (2021 – 2030)

Fasa pertama (2021-2022)

Mencipta kerangka yang kondusif dan memperkuat asas digital yang dapat mempercepat pembangunan infrastruktur digital

Fasa kedua (2023-2025)

Fasa kedua akan fokus untuk mendorong transformasi dan kemasukan digital. Fasa ini akan menyaksikan pelaksanaan projek infrastruktur jalur lebar yang lebih cepat dan luas. Ini bertujuan untuk tingkatkan inovasi ekonomi perniagaan.

Fasa ketiga (2026-2030)

Fasa ketiga dan terakhir adalah meletakkan Malaysia sebagai pengeluar pasaran serantau serta penyedia produk dan penyelesaian digital.

Sumber: Malaysia Gazette


Di IQI Global, kami menggunakan teknologi untuk urusan perniagaan kami. Kami sediakan teknologi yang terkini untuk ejen serta perunding hartanah kami!

Baca selanjutnya;

Related posts

4 Pekerjaan Yang Tidak Perlukan Ijazah Tapi Gaji WOW!

Ahmad

Menjadi Usahawan Berjaya Tahun 2021 Dengan 3 Tips!

Ahmad

Vaksin Covid-19. Apa Yang Patut Anda Tahu?

Ahmad