Perbezaan MRTT, MLTT dan MRTA, MLTA - IQI Global

Perbezaan MRTT, MLTT dan MRTA, MLTA

Dalam urusan hartanah, terdapat pelbagai yang perlu anda fikirkan. Antaranya duti setem dan juga insurans. Terdapat beberapa insurans yang boleh dibeli untuk perlindungan gadai janji atau mortgage. Insurans pula terdapat beberap jenis dan kami akan huraikan kepada anda perlindungan yang anda boleh dapat untuk lindungi aset anda andainya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian.

Seperti insurans nyawa, insurans hartanah juga sesuatu yang anda perlukan! Ini untuk mengelak apa-apa yang tidak dikehendaki.

Namun, MRTT dan MLTT bukan sahaja untuk melindungi hartanah anda – tapi lebih kepada melindungi anda dan juga yang tersayang.

MRTT adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Takaful dan MLTT pula ialah Mortgage Level Term Takaful.

Manakala MRTA dan MRTA adalah singkatan bagi Mortgage Reducing Term Assurance dan Mortgage Level Term Assurance. Kedua-duanya mempunyai perlindungan yang sama seperti MRTT dan MLTT, perbezaannya hanya pada Takaful. Oleh itu pembeli beragama Islam wajib mengambil perlindungan insurans berasaskan Takaful.

Kedua-duanya adalah produk insurans Takaful yang melindungi anda sekiranya terjadi sebarang kecacatan serius atau kematian. Dan produk insurans Takaful menawarkan perlindungan insurans berasaskan Syariah atau Halal.

Dengan perbezaan satu huruf sahaja, kedua ini berbeza dari konsepnya sahaja. Jadi untuk fahamkan konsep MRTT dan MLTT, kami akan cuba untuk sampaikan dengan cara yang begitu mudah agar difahami semua orang.

 

Maksud MRTT

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah produk insurans Takaful yang direka khas untuk menyediakan sokongan kewangan sekiranya terjadi kes kecacatan kekal/total permanent disability (TPD) atau kematian.

Dengan kurangnya jumlah pinjaman perumahan anda, perlindungan MRTT turut berkurangan. Di situ terma Reducing itu main peranan.

Pembayaran untuk yuran insurans Takaful pula dibuat sekaligus pada masa pembelian, dan biasanya sebahagian atau jumlah penuh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan.

Bagi kes kematian, MRTT boleh digunakan untuk membayar baki jumlah pinjaman perumahan anda, yang mana ia dibayar terus kepada institusi kewangan yang memberikan pinjaman.

MRTT juga melindungi kes kecacatan kekal dengan menawarkan perlindungan keselamatan kewangan yang penting sekiranya terjadi hal-hal yang tak diingini, misalnya apabila individu yang dilindungi berdepan kecacatan kekal dan tidak dapat bekerja lagi.

Kalau pinjaman perumahan tu habis bayar awal, pihak insurans akan tawarkan bayaran balik tunai, berdasarkan terma dan syarat penamatan awal.

 

Maksud MLTT

Berbeza dengan MRTT, Mortgage Level Term Takaful memberi jaminan insurans yang sama sepanjang hayat. Kerana itu namanya Level atau kadar yang sama.

Berbeza daripada MRTT, bayaran untuk MLTT dibuat secara bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan dibuat.

Jika terjadinya kes kematian atau kecacatan kekal, MLTT akan langsaikan baki pinjaman perumahan anda. Manakala baki dari kewangan perlindungan itu akan disalurkan kepada penerima manfaat atau mereka yang anda senaraikan dalam perjanjian.

Oleh itu, MLTT bukan sahaja bantu untuk selesaikan hutang piutang hartanah anda, malah ia memberi manfaat kepada mereka yang tersayang dengan bantuan kewangan.

Tetapi, harga MLTT lebih mahal berbanding MRTT kerana perlindungan yang sama diberikan sepanjang tempoh peminjaman.

💡 Sebagai rumusan, MLTT dan MRTT keduanya memberi perlindungan untuk hartanah dan mereka yang tersayang anda. Berbeza harga, keduanya memberi perlindungan dengan cara berlainan untuk penerima manfaat dan digalakkan kepada mereka yang beragama Islam.


Mencari rumah pertama anda? Ketahui semua elaun pembelian rumah pertama pada tahun ini!


MRTA dan MLTA

Seperti yang dihuraikan di atas, perbezaan antara MRTA & MLTA bersama MRTT & MLTT hanya pada perlindungan Takaful sahaja. Yakni ia berasaskan syariah Islam. Manakala perlindungan insurans MRTA dan MLTA adalah perlindungan konvensional. Tetapi, perlindungan yang diberi adalah sama.

Kesemuanya adalah produk insurans hayat gadai janji yang memberikan jaminan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal.

Oleh itu, tidak perlu anda pening kepala berfikir mengenai perbezaan antara Assurance atau Takaful.

Jikalau anda inginkan perlindungan konvensional, maka pilihlah MRTA atau MLTA. Tetapi, seorang yang beragama Islam, ianya lebih bertanggungjawab untuk anda memilih perlindungan berasaskan syariah, MRTT atau MLTT.

 

Pilihan lain untuk perlindungan insurans?

Terdapat satu alternatif untuk perlindungan insurans iaitu Insurans Jangka Hayat atau Term Life Insurance.

Insurans Jangka Hayat ialah sebuah pelan fleksibel dan mempunyai struktur premium untuk pemegang polisi. Jadi seseorang itu boleh kurangkan, tambahkan, atau tamatkan pelan mereka bila-bila masa sahaja.

Seperti pelan perlindungan MRTT/MLTT, Insurans Jangka Hayat berfungsi untuk menampung dan melindungi keluarga sekiranya tragedi menimpa anda.

Seperti MLTT, anda perlu bayar insurans ini sepanjang hayat.

Tapi, jika berlaku kematian, syarikat insurans akan membuat bayaran kepada ahli keluarga/penama kerana polisi ni menawarkan perlindungan sepanjang hayat.

 

Perlu ke ambil perlindungan insurans gadai janji?

Untuk menjawab soalan anda, jawapannya adalah ya. Hidup dalam keadaan berhutang amat membebankan kepada semua individu. Dengan melanggan perlindungan insurans gadai janji, anda dapat mencegah dari perkara yang tidak diingini. Sama juga seperti perlindungan insurans nyawa.

Selain itu, bukan sahaja jikalau anda mampu, malah ianya sangat diperlukan. Ini kerana jikalau apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada anda, mereka yang tersayang akan lalui masa yang sukar untuk teruskan pembayaran hartanah anda.

Dengan mengambil perlindungan insurans, ianya memudahkan dan membantu ahli keluarga, dan kesayangan anda dengan pembiayaan yang disediakan oleh pihak insurans.

Jikalau anda rasakan beban untuk mengambil MLTT atau MLTA, maka pilihlah MRTT atau MRTA. Tetapi jikalau anda mempunyai kewangan lebih, disarankan untuk anda ambil MLTT atau MLTA agar ianya dapat memberi kesenangan kepada penerima manfaat. Anda juga boleh pilihan yang ketiga iaitu Insurans Jangka Hayat yang turut melindungi anda dan memberi manfaat kepada ahli keluarga anda.


Mencari hartanah untuk digelar milik anda? Lakukan pilihan terbaik bersama IQI Global! Perunding kami akan bantu anda pilih pelaburan terbaik untuk dan kesayangan anda.

Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!

Related posts

Tiada lagi Pelekat Cukai Jalan: Cara mendapatkan Cukai Jalan Elektronik dan Lesen Memandu Elektronik

Amir

10 Agensi Hartanah Terbaik Yang Wujud di Malaysia!

Ahmad

10 Tempat Makan untuk Sahur pada Ramadhan 2023!