Pembelian Asing Hartanah Pulih Menjelang Akhir 2023 – JUWAI IQI

klcc

Tinjauan yang dijalankan oleh Juwai IQI terhadap hampir 350 ejen hartanah di seluruh Malaysia mendapati lebih dua pertiga menjangkakan pembelian hartanah Malaysia di luar pesisir akan kembali ke tahap pra-pandemik menjelang akhir 2023.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, “Kita hampir ke penghujung pandemik. Terima kasih kepada sokongan sektor awam dan kempen vaksinasi, kita telah belajar untuk hidup dalam norma baharu.”

“Pembukaan semula sempadan dan penyambungan semula perjalanan bermakna pembeli asing mula kembali. Pelaburan asing adalah penting untuk pasaran hartanah Malaysia.” Tambah beliau, “Malaysia mempunyai banyak kelebihan sebagai destinasi pelaburan asing dan hakikat bahawa ekonomi Malaysia akan mendapat manfaat daripada persekitaran global semasa pertumbuhan harga komoditi membezakan kita daripada negara-negara Asia Tenggara yang lain.” Kashif berkata, ini merupakan titik jualan utama negara.

“Pertumbuhan stabil ekonomi dan pekerjaan berkemungkinan membawa kepada prestasi pasaran hartanah yang kukuh. Memandangkan inventori telah terjual dan harga mula meningkat, pelabur asing akan mendapati desakan pasaran Malaysia memberangsangkan. Kebanyakan pelabur akan membeli ketika pasaran semakin meningkat, dan hanya sedikit yang membeli apabila harga jatuh.”

Terima kasih atas semua liputan media.

Baca lebih lanjut: Bernama, DagangNews

Related posts

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah

“PropTech” Masa Depan Industri Hartanah

syakirah