4 MIN READMengapa Kerjaya REN Boleh Ubah Dunia

Mengapa Kerjaya REN Mampu Ubah Dunia

Seorang pembantu ejen harta tanah (REN) merupakan kerjaya yang penting dalam urus niaga hartanah. Ramai yang tidak tahu bagaimana seorang REN menjalankan kerja mereka dan bagaimana karier mereka ini dapat ubah dunia. Antaranya cara komunikasi yang terbaik cara layan pelangganmenjadi tiang komunitidan penetapan visi dan misi yang utuh.

Tertanya bagaimana? Jom kita fahamkan bagaimana kerjaya REN ni mampu ubah dunia!

Cara Komunikasi Terbaik

Mengapa Kerjaya REN Mampu Ubah Dunia

Setiap REN akan berkomunikasi dengan baik terhadap pelanggan mereka. Dengan cara percakapan yang manis dan memujuk, cara ini juga dapat ubah dunia ke arah yang lebih baik kerana sukar orang nak tersinggung dan terasa hati. 

Dengan niat mereka untuk menceriakan, membantu, dan mencari rezeki, mereka akan tetap berkomunikasi dengan baik untuk pastikan pelanggan terima layanan yang terbaik dan pulang dengan senyuman. Selain itu, mereka akan pastikan pelanggan mereka memahami proses-proses sebelum memiliki sebuah hartanah tersendiri. Tambahan, seorang REN akan cuba sedaya upaya untuk memberi pandangan dari sudut berlainan untuk manfaat pelanggan mereka. 

Kadang-kala ada masanya seorang REN akan berhadapan pelanggan yang ‘sukar’, tetapi mereka tetap akan berkomunikasi dengan cara yang sopan dan baik, serta menurunkan ego mereka dengan harapan dapat menang hati pelanggan. Ini kerana seorang REN perlukan mentaliti usahawan yang berjaya untuk meneruskan pekerjaan mereka.

Jikalau setiap orang di dunia ini mampu mengawal amarah, belajar untuk menurunkan ego, berikan tumpuan, dan berkomunikasi dengan baik, rasanya itu akan dapat bantu ubah dunia ini untuk menjadi tempat yang lebih baik untuk kita semua.

 

Layanan Pelanggan A+

Kenang balik saat diberi layanan VVIP sewaktu membeli-belah. Mesti takkan lupa layanan dan orang yang melayani kita. Sebab apa? Sebab dia berikan yang terbaik dan pastikan kita berpuas hati sepanjang transaksi.

Begitulah juga seorang REN yang bertanggungjawab. Mereka akan pastikan sesiapa yang ingin mencari hartanah atau kediaman idaman terima hanya yang terbaik. Jaranglah orang nak jual rumah ibarat tongkang pecah.

Hartanah merupakan satu pelaburan yang boleh dibawa hingga ke anak cucu. Oleh itu, seorang REN akan pastikan pelanggan tidak hanya melihat hartanah dari satu sudut, malah mereka akan membimbing serta memberi pendapat mereka agar pelanggan meraih keuntungan di masa akan datang.

Terdapat ramai di bidang ini yang hidup untuk melihat pelanggan mereka tersenyum dan menikmati pengalaman keluarga pelanggan dari masa ke masa, dan saling terkait dalam kalangan pelanggan sebagai penasihat yang dipercayai.


💡 Bagaimana nak jadi seorang REN?

Ikut 5 langkah ni untuk mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN di Malaysia!


Tiang Komuniti

Mengapa Kerjaya REN Mampu Ubah Dunia

Banyak syarikat serta REN yang ingin memberi balik kepada komuniti yang sudah sekian lama sokong mereka melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), termasuklah menjadi sukarelawan.

Ramai yang akan menganggap ini sebagai peluang untuk membina nama, tapi ironinya lebih ramai individu yang pemurah merupakan mereka yang berada di tangga teratas.     

IQI Global merupakan sebuah syarikat yang mengambil berat tentang hal ehwal kakitangan mereka, dan cuba sedaya upaya untuk membantu lebih ramai lagi.

Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh IQI Global termasuklah membina sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim, larian amal Love Run yang dianjurkan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan, dan kempen derma darah IQI Global.

 

Misi dan Visi Yang Utuh

Mengapa Kerjaya REN Mampu Ubah Dunia

Sebagai sebuah syarikat, mahupun individu, setiap orang pasti ada misi dan visi yang utuh yang mereka akan tetapkan sebagai panduan. Seorang REN akan letakkan keutamaan mereka dengan tetapkan visi dan misi mereka. Ini kerana tugas utama seorang REN adalah untuk menjana wang, untuk diri dan ahli keluarga mereka. 

Bayangkan, jikalau tiada misi dan visi, tidakkah kerjaya itu kehilangan makna dan arah? Itulah sebabnya mengapa banyak syarikat mempunyai misi dan secara jelas menyatakan fokus, dan motivasi mereka. Termasuklah cara-cara ingin menyumbang dan mengubah dunia ini.

Bagaimana pula dengan kerjaya REN? Jangan sangka bahawa seorang REN tidak mampu ubah dunia, dengan misi dan visi yang jelas dan lebih besar, yang mustahil pun boleh capai!

Jadi, bagaimana untuk tetapkan sebuah misi? Mulakan dengan “mengapa”, jelaskan apa yang menjadikan syarikat anda istimewa, kemudian sebutkan produk atau nilai anda, dan “bagaimana” anda merancang untuk mencapai tujuan tersebut. Misi penting untuk meningkatkan semangat anda dan mencari orang untuk bekerjasama semasa anda menubuhkan pasukan anda.

Akhirnya, misi membantu anda mengekalkan budaya pasukan anda, untuk orang kenali anda, dan pegangan anda yang kukuh serta pemahaman yang jelas bagaimana anda akan mengubah dunia serta kehidupan orang lain.

Seperti misi IQI, sebuah syarikat teknologi hartanah: “Perniagaan, nilai dan hasil tidak dapat dipisahkan. Nilai menginspirasi kepercayaan, kepercayaan membina hubungan dan hubungan mendorong pertumbuhan. Berusaha untuk menjadi syarikat pelaburan dan perundingan hartanah yang terkemuka – mencapai tahap antarabangsa.”

IQI ingin memperbaiki cara industri hartanah yang beroperasi secara tradisional untuk memenuhi keperluan dunia yang berubah ke arah digital, dengan membantu orang ramai capai impian mereka dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Kerana misi ini, IQI kini banyak membantu mencapai impian mereka untuk membeli rumah dengan platform teknologi yang hebat!


Kini dengan kempen #BeTheChange, anda juga boleh ubah dunia dengan mengambil langkah pertama kerjaya sebagai seorang REN di IQI Global.

Mengapa kami? Kami merupakan syarikat hartanah bertaraf antarabangsa dan terbesar di Asia. Serlahkan potensi anda bersama kami, sertai kami sekarang!

Related posts

Semua elaun pembelian rumah pertama oleh kerajaan tahun 2021!

Ahmad

6 Sebab mengapa IQI merupakan pilihan terbaik seorang REN

Ahmad

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Ahmad