Nak Jana Pendapatan Lebih? Ini 5 Kelebihan Kerja Berasaskan Komisen

Nak perubahan? Nak sesuatu yang lebih mencabar? Atau nak tingkatkan pendapatan sedia ada? Biar kami bantu anda!

Terdapat dua cara yang lazim untuk kita dapatkan sumber pendapatan. Pertama pembayaran gaji tetap, iaitu mengikut kadar masa yang telah kita persetujui dengan majikan. Kedua bayaran berasaskan komisen, iaitu pekerja dibayar mengikut jumlah jualan atau projek mereka atau sekiranya mereka berjaya menyelesaikan sesuatu tugas, mereka akan dibayar mengikut kadar komisen yang telah dipersetujui.

Kerjaya berasaskan komisen juga kadang-kadang memerlukan kemahiran dan atribut personaliti tertentu. Terpulang juga kepada perkara yang perlu anda lakukan dalam pekerjaan tersebut. Tetapi, anda berpotensi untuk mendapat pendapatan tanpa had dan kepuasan kerja yang lebih baik. Dalam artikel ini, kami akan memberikan anda 5 faedah kerja berasaskan komisen dan sebab-sebab anda perlu mempertimbangkannya sebagai kerjaya anda sekarang.

>>Klik di sini untuk memulakan kerjaya hartanah anda, latihan PERCUMA disediakan setiap minggu. <<

atur jadual jika kerja komisen

1. Anda tetapkan jadual anda sendiri

Pekerjaan berasaskan komisen biasanya fleksibel. Anda boleh lakukan kerja anda di mana-mana sahaja! Anda juga merupakan orang yang akan mengatur jadual anda sendiri. Tiada paksaan!

Tapi jangan pula bekerja sambil lewa. Nanti kurang kepercayaan orang kepada kita. Sebaliknya, gunakan peluang ini untuk mengasingkan dan memudahkan urusan peribadi anda dan juga urusan kerja. Seimbangkan jadual anda sebaik mungkin. Jadi, sekiranya anda sedang mencari keseimbangan dalam kehidupan berkerja, pekerjaan berasaskan komisen mungkin sesuai untuk anda!

2. Dorongan untuk bekerja lebih keras

Setiap orang memerlukan kaedah motivasi yang berbeza. Betul tak?

Ada orang lebih suka gaji tetap, tetapi ada juga yang lebih suka komisen kerana mereka boleh mendapatkan ganjaran tanpa had atau mereka boleh berehat bila-bila mereka mahu sebelum ambil projek yang lain. Selagi mereka berjaya membuat jualan, mereka pasti dapat ganjarannya. Kalau mereka nak berehat pula, tiada siapa akan paksa mereka bekerja.

Pilihlah pelan pampasan yang terbaik untuk anda. Pelan pampasan yang baik akan membuatkan anda semakin bersemangat dan lebih fokus untuk mendapatkan ganjaran yang anda inginkan. Kalau kita dapat lihat matlamat kita dengan jelas, kita pasti akan menjadi lebih bersemangat untuk capai matlamat di hadapan kita!

kawal pendapatan jika kerja komisen

3. Anda mempunyai kawalan ke atas pendapatan anda

Bukan sahaja anda dapat mengatur jadual anda sendiri, anda juga dapat menetapkan kuota anda sendiri. Seronok tak?

Contohnya, bulan ini anda ada banyak bil yang perlu dibayar atau ada banyak barang yang anda perlu beli. Anda boleh tetapkan kuota yang lebih tinggi pada bulan tersebut! Sebaliknya, kalau komitmen anda pada bulan tersebut taklah terlalu berat, mungkin anda boleh berehat sedikit dan tak perlu terlalu memaksa diri anda dan atau anda boleh fokus pada projek lain.


Baca di sini:

Jom jadi ejen hartanah di IQI Global – Part 1


4. Anda adalah bos anda sendiri

Bagi pekerjaan berasaskan komisen, anda tak perlu risau tentang projek yang anda tak minat. Anda boleh pilih projek yang ingin anda lakukan, cara dan tarikh yang perlu anda siapkan. Anda mempunyai kawalan ke atas diri anda sendiri. Buat pilihan dengan berhati-hati ya!

5. Hadapi konflik dan berkembang

Dalam perniagaan, penting untuk mempunyai hubungan yang baik dan saling bermanfaat antara anda, syarikat anda dan pelanggan anda. Kadangkala apabila anda berurusan dengan pelanggan dalam sesuatu projek, anda akan menghadapi cabaran yang bakal menguji kebolehan anda. Semasa bekerja, anda akan belajar cara untuk menghadapi konflik kerana dengan cara itulah anda akan dapat belajar lebih banyak tentang diri anda dan menyedari kekuatan serta kelemahan anda. Melaluinya, anda boleh berkembang sebagai seorang usahawan dan juga sebagai seorang individu.


Anda masih teragak-agak untuk mengambil kerja berasaskan komisen?

Ganjaran berbaloi, dengan syarikat yang dipercayai dan pasukan yang berpengalaman, pasti anda mampu mencapai tahap kejayaan yang anda impikan. Pasukan kami akan memastikan anda turut berjaya dalam kerjaya anda.

Jika anda berminat dengan kerjaya berasaskan komisen, sertai agensi hartanah IQI hari ini!

Inginkan perubahan? Jadilah pemangkin perubahannya dan cipta kejayaan anda bersama IQI!

Rebut peluang anda HARI INI!

Sila tinggalkan butiran untuk kami hubungi anda. Ejen kami akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya yang bakal mengubah hidup anda kepada yang lebih baik!

Related posts

Cara Guna KWSP Online Untuk Beli Rumah Tahun 2022

Sara

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah