Bagaimana Cara Guna KWSP Untuk Beli Rumah Tahun 2022?

epf kwsp

Sekiranya anda ingin membeli rumah pertama dan belum tahu cara guna KWSP online pengeluaran khas bagi pembelian rumah pertama dan ingin tahu tips-tips mengenai pembelian rumah, jangan risau! Melalui artikel ini kami kongsikan segala maklumat berkaitan pengeluaran khas epf.

Memohon Melalui KWSP Online

Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP

Faktor Tidak Layak Memohon EPF Atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Jumlah Simpanan Yang Layak Dikeluarkan

Kaedah Permohonan Pengeluaran

Membuat permohonan KWSP online melalui i-Akaun atau secara bersemuka.

Tempoh Proses Pengeluaran

Tips Mudah Beli Rumah Wajib Tahu

Setiap orang pasti memiliki impian mendiami rumah kediaman milik sendiri. Sampai bila kita harus hidup menyewa dan menumpang keluarga sedangkan hakikatnya kita sebenarnya mampu membeli rumah sendiri.

Mungkin sekarang anda sudah pun menjumpai rumah yang diimpikan selama ini, tetapi menghadapi sedikit halangan atau masalah menyediakan dan mengumpulkan duit deposit bagi tempoh yang singkat.

Kalau nak tahu, sebenarnya anda mempunyai pilihan mengeluarkan duit simpanan Akaun 2 KWSP bagi pengeluaran khas. Antara kegunaan duit di KWSP Akaun 2 adalah membiayai yuran pendidikan dan juga hartanah.

Memohon Melalui KWSP Online

kwsp online

Tetapi bagi memohon pengeluaran khas epf, terdapat beberapa kriteria atau syarat-syarat diperlukan untuk membolehkan anda memohon pengeluaran khas duit dari Akaun 2 ini.

Apa Itu KWSP?

KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan satu skim dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1991 supaya ianya membantu anda menyimpan wang pada hari tua.

Tujuan Pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP atau epf dibolehkan bertujuan :

• Membeli atau membina rumah pertama (atau kedua, dengan syarat rumah pertama telah dijual atau proses hendak dilupuskan).

Jika mahu membeli hartanah menggunakan akaun 2, perlu tunjukkan bukti bahawa anda sudah membuat bayaran tempahan (booking fees) dan down payment bersama yuran peguam dan juga duti setem untuk SPA

• Kurangkan atau tebus balik balik pinjaman rumah yang pertama atau yang kedua.

• Membantu pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah.

Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP

Ketika membuat pengeluaran, perkara pertama perlu dilakukan adalah membuat semakan kelayakan sama ada layak atau pun tak. Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

• Warganegara Malaysia, atau

• Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan pilih menyumbang balik KWSP, atau

• Bukan Warganegara Malaysia

 Jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998

 Sudah ada status penduduk tetap (PR) Malaysia.

• Belum berumur 55 tahun semasa permohonan.

• Dalam akaun simpanan masih mempunyai baki minimum RM500 di akaun 2.

• Membeli hartanah untuk dijadikan sebagai kediaman sahaja.

• Selepas tandatangan SPA, permohonan perlu dibuat iaitu tempoh tiga tahun sahaja.

• Pernah mengeluarkan caruman perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli secara caruman sudah dijual atau dilupuskan.

• Pinjaman telah pun diluluskan oleh pembiayaan yang diiktiraf atau pembiayaan sendiri.

• Membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli dengan pihak dibenarkan oleh KWSP.

 

Faktor Tidak Layak Memohon EPF Atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

• Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja.

• Untuk mengubahsuai, membaiki pulih atau membuat kerja-kerja tambahan rumah sedia ada.

• Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.

• Mengambil pinjaman berbentuk overdraft.

• Membeli rumah ketiga.

• Membeli rumah di luar negara.

• Pinjaman diambil dari individu.

• Baki pinjaman asal telah selesai.

PERINGATAN!

• Kegagalan mengembalikan amaun yang tidak digunakan bagi maksud pengeluaran,

 Sekiranya pemohon tidak lagi menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

• Membuat kenyataan tidak betul atau pun tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu.

 Sekiranya pemohon telah memberi kenyataan tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

• Pembelian bukan tujuan kediaman

Bagi makluman, pengeluaran perumahan ini tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa dan sekiranya mana-mana transaksi telah pun dikesan oleh KWSP melibatkan pindah milik kurang daripada satu (1) tahun, KWSP berhak menolak permohonan pengeluaran atas alasan ia mengandungi unsur pembelian bagi tujuan pelaburan bukannya bagi tujuan kediaman sepertimana keperluan Akta KWSP.

Selain itu, bagi membuat pembelian rumah juga, perlu mengambil pinjaman perumahan sebelum membeli rumah melalui institusi-institusi dibenarkan oleh KWSP seperti :

1. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.

2. Koperasi atau syarikat kerjasama berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).

3. Syarikat Insurans berlesen diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

4. Majikan ahli.

5. Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan.

6. Institusi kewangan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Jumlah Simpanan Yang Layak Dikeluarkan

Bagi mengetahui jumlah layak dikeluarkan, semak makluman di bawah ini :

Pembelian Rumah Individu

 Perbezaan terdapat di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah.

Sebagai contoh pengiraan (Harga SPA – Amaun pinjaman) + (10% Harga SPA)

 Semua simpanan terdapat di Akaun 2.

Pembelian Bersama Ahli Keluarga atau Individu Lain

 Perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah.

Sebagai contoh pengiraan (Harga SPA – Amaun pinjaman) + (10% Harga SPA) atau

 Semua simpanan Akaun 2 pembeli yang berkaitan, tertakluk amaun maksimum yang layak dikeluarkan.

Pinjaman Perumahan 100%

 10% dari harga rumah.

 Semua simpanan Akaun 2.

Pembelian Rumah Secara Tunai/Tanpa Pinjaman

 Harga rumah bersama tambahan 10% harga rumah.

 Semua simpanan Akaun 2.

Dokumen-Dokumen Diperlukan Semasa Permohonan

permohonan kwsp

Setiap permohonan dilakukan, perlulah disertakan sekali dokumen lengkap serta disusun mengikut turutan. Dokumen disediakan secara softcopy/hardcopy.

• Borang pengeluaran KWSP 2022 [Borang KWSP 9C(AHL)(D5)].

• Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter/permohonan melalui pos.

• Salinan original SPA.

• Salinan pengenalan (myKad atau passport).

• Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.

• Info akaun bank, bentuk buku simpanan atau penyata bank.

• Bukti perhubungan

Jika membuat join loan, perlu sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan. Maksudnya pembelian bersama melibatkan pasangan atau pun keluarga terdekat, ibu bapa atau adik beradik.

Pembelian bersama saudara terdekat, perlulah hantar sekali surat penerangan bagi nyatakan sebab kenapa membuat pembelian secara bersama tersebut.

Kaedah Permohonan Pengeluaran

Bagi pembelian rumah pertama, baharu pertama kali membuat pengeluaran membeli rumah, apabila lengkap semua dokumen baharulah submit di pejabat KWSP.

• Segala proses lawyer/loan bank/pejabat tanah perlu bawa S&P/loan bank agreement/surat dari pejabat tanah. Semua dokumen copy kena ada pengesahan dari lawyer dan perlu bawa dokumen original.

Dokumen salinan KWSP diambil dan original perlu simpan semula.

• 10% daripada harga rumah anda beli sahaja berhak dikeluarkan.

Tetapi jika ianya tidak mencukupi buat pembayaran pendahuluan atau deposit, mohon bantuan di,

 Skim Rumah Pertamaku

Pembiayaan sehingga 110% buat pembeli rumah pertama yang layak.

 Skim Perumahan Belia BSN

Skim perumahan mampu milik oleh Bank Simpanan Nasional ini layak buat pembeli yang ingin membeli rumah pertama.

• Tahun berikutnya, baharulah habiskan dalam akaun 2 bertujuan (bayaran pengurangan baki pinjaman/bayaran bulanan pihak bank)

• Boleh juga lakukan perkara sama setiap tahun (bayaran pengurangan baki pinjaman/bayaran bulanan pihak bank).

Kaedah ini adalah membuat pengeluaran simpanan akaun 2 bagi membiaya ansuran pinjaman rumah. Simpanan dikeluarkan adalah bagi membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar telah pun bermula.

Membuat permohonan selama tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula.

Perlu diingat bahawa bayaran hanya bermula selepas ansuran sebenar berkuatkuasa.

Malah, jika anda mempunyai tunggakan pinjaman perumahan berstatus NPL atau Non Performing Loan, anda hanya dibenarkan memohon dengan syarat bayaran dibuat kepada pemberi pinjaman.

Melalui syarat-syarat ini, jika berjaya melepasinya anda tidak akan berhadapan masalah dan proses mengkreditkan duit ke akaun lagi. Malah ianya hanya mengambil masa kurang dari 2 minggu sahaja.

Melalui kaedah ini, perlu diketahui bahawa :

Bayaran pinjaman rumah dibayar tiap-tiap bulan melalui akaun 2.

Bayaran ini akan ditolak secara automatik dan pilih sama ada mahu membuat bayaran secara bulanan itu terus terhadap bank ataupun dimasukkan terus ke bank terlebih dahulu.

 Melalui ansuran ini, anda perlu menghantar borang baki pinjaman rumah terkini bersama semua dokumen yang serba lengkap.

Untuk makluman lagi, melalui kaedah ini anda hanya boleh membatalkan bayaran secara automatik ini hanya selepas tempoh satu tahun sahaja.

Membuat permohonan KWSP online melalui i-Akaun atau secara bersemuka.

Mohon pengeluaran melalui i-Akaun

Bagi anda yang inginkan proses secara cepat dan malas berurusan di kaunter kerana memerlukan masa sangat lama, buat permohonan secara atas talian hanya melalui i-Akaun KWSP.

Jika masih belum mempunyainya, ikuti langkah berikut bagi mendaftarkan diri iaitu :

1. Daftar i-Akaun di mana-mana kiosk atau kaunter KWSP berdekatan tempat tinggal. Melalui pendaftaran itu, anda akan memperoleh ID Pengguna dan kata laluan sementara.

2. Dalam tempoh 30 hari, lawati laman web http://www.kwsp.gov.my/ms/. Tekan “Log Masuk” di sebelah atas kanan dan pilih “AHLI (i-akaun)”.

3. Masukkan ID Pengguna yang diperoleh semasa mendaftar “ID Pengguna”. Kemudian, tekan butang “Teruskan”.

4. Masukkan pula kata laluan semasa mendaftar pada butang “Kata Laluan” dan tekan “Log Masuk”.

5. Selepas itu, paparan skrin Terma & Syarat akan muncul di layar skrin, pilih butang “Setuju” dan tekan “Teruskan”.

6. Langkah seterusnya adalah “Pengaktifan i-Akaun”. Di sini boleh diletakkan kata laluan terbaru supaya lebih selamat. Bagi tujuan keselamatan, perlu pilih gambar dan ungkapan rahsia. Pastikan sentiasa ingat dan mencatit kata laluan ini supaya mudah untuk urusan di masa akan datang.

7. Selesai pendaftaran i-Akaun, pergi ke page “Withdrawal” dan tekan pada butang “New Application” untuk memulakan proses permohonan.

8. Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon selama tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dengan syarat dokumen lengkap telah pun dikemukakan.

9. Manakala, semakan permohonan pula dibuat serta dilihat kepada transaksi ditunjukkan di dalam i-Akaun KWSP.

Tempoh Proses Pengeluaran

Proses permohonan pengeluaran mengambil masa selama 21 hari waktu bekerja dan paling awal untuk mengetahuinya adalah 7 hari waktu bekerja.

Untuk makluman lanjut, layari laman web rasmi KWSP.

epf kwsp

Tips Mudah Beli Rumah Wajib Tahu

Sebelum membeli rumah, ketahui dahulu beberapa tips serta panduan telah kami catitkan dibawah ini iaitu :

 Matlamat

Mestilah jelas matlamat serta tujuan untuk membeli rumah.

 Status kewangan

Pastikan kewangan berada dalam keadaan sangat stabil bagi jangka waktu pendek dan paling penting adalah untuk jangka masa panjang.

Ketika membuat pembelian rumah, sedia maklum hutang tersebut memakan masa sehingga 20-35 tahun akan datang.

 Buat persediaan untuk proses dan dokumen pinjaman

1. Bayar komitmen bulanan menepati waktu ditetapkan.

2. Status pekerjaan adalah tetap.

3. Semak penyata caruman KWSP, pastikan majikan mencarum dengan betul dan tepat.

4. Dokumen sokongan lengkap.

5. Gaji diterima sama penyata gaji.

6. Baki akaun bank tiada berlaku penyusutan.

 Jumlah wang mencukupi melibatkan semua kos pembelian rumah.

 Pilih lokasi strategik.

 Faham urusan jual beli isi kandungan dokumen perjanjian sebelum tandatangan kontrak perjanjian tersebut.

Kesimpulannya, sebelum membeli rumah semak dahulu kelayakan dan terus berhubung pihak KWSP bagi pengeluaran khas setelah segala dokumen diperlukan telah pun dilengkapkan secara sempurna.

Di samping itu, anda perlu membuat persiapan sangat rapi dan berkemampuan untuk membayar semula pinjaman.

Gunakan kemudahan diberikan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran khas bagi merealisasikan impian memiliki rumah sendiri dan memberikan keselesaan buat mereka tersayang.

Semoga perkongsian artikel ini, anda telah mendapat maklumat selengkapnya mengenai urusan dan segala persoalan sudah terjawab.


We have real estate professionals who can help you. Fill in the form below, to get in touch with them. 

Related posts

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 14!

Nur Aiman

Khairy Jamaluddin: Pelitup Muka di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan Bermula 7 Sept

Sofiah

5 Influencer Yang Berpengaruh Di Malaysia

Sara