5 Influencer Yang Berpengaruh Di Malaysia

malaysia influencer

Cover image source: Vocket, OhBulan, Malaymail, dan Instagram Asyalliee


Influencer merupakan seseorang yang dikenali ramai contohnya seperti selebriti, instafamous atau blogger dan untuk mencapai tahap dikenali ramai ini bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai perkara yang perlu dilakukan agar diiktiraf sebagai seorang influencer.

Seperti yang dikongsikan di bawah ini beberapa personaliti influencer yang sangat dikenali ramai di Malaysia. Semua influencer ini mempunyai latar belakang yang berbeza dengan pencapaian yang membanggakan. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara. Jom kenali siapakah mereka.

1. Datin Vivy Yusof

2. Khairul Amin Kamarulzaman

3. Noor Neelofa Mohd Noor

4. Asyallie

5. Dr Fatin Liyana

1. Datin Vivy Yusof

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Datin Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas binti Yusof dilahirkan pada 11 Disember 1987 di Kajang Selangor. Beliau merupakan usahawanita, personaliti televisyen, dan pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group. Hasil perkongsian hidup bersama suami Dato’ Fadzaruddin Shah Anuar, pasangan ini dikurniakan empat cahayamata.

Pelbagai anugerah telah diraih oleh beliau termasuk Ikon Wanita Puteri UMNO 2014, Bella Business Award 2013, Prestige Magazine’s 2015 List of Top 40 Under 40, Women’s Weekly Malaysia;s Finance and Commerce Nominee for the Great Woman of Time Award 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entreprenuer Award from Tribute To Woman Malaysia (Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017 dan Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Beliau juga pernah menghiasi muka depan majalah tersohor di Malaysia seperti HerWorld, Prestige dan Tatler. Selain itu, beliau turut dinamakan sebagai Friend of Louis Vuitton, dan disenaraikan di Tatler’s 2017 Genaration T iaitu sekumpulan pemimpin industri generasi akan datang di rantau mereka serta Top 50 Rising Tech Stars in Asia.

Datin Vivy juga pernah muncul di media antarabangsa seperti BBC, The New York Times dan Forbes selain menjadi penulis blog terkemuka Malaysia iaitu Proudduck, dan mempunyai sejuta lebih pengikut di Instagram.

 

2. Khairul Amin Kamarulzaman


Khairul Amin atau nama komersialnya Khairulaming berusia 30 tahun dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula bergiat sebagai selebriti masakan di media sosial sejak tahun 2016. Sehingga kini beliau mempunyai lebih dari enam juta pengikut di pelbagai jenis media sosial. Beliau amat dikagumi netizen atas keperibadian beliau yang dianggap sangat baik dan tenang dalam menangani sesuatu isu.

Khairulaming seterusnya mengorak langkah menjadi usahawan berjaya apabila mampu membuka kilang memproses produknya sendiri iaitu Sambal Nyet yang terjual RM7.5 juta hanya dalam tempoh setahun. 

 

3. Noor Neelofa Mohd Noor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Noor Neelofa Mohd Noor dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran ini menamatkan pengajiannya di Universiti Sunway. Beliau merupakan seorang pelakon, model, pengacara, penulis, jurucakap produk dan kini bergelar ahli perniagaan berjaya.

Mula aktif selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/10 dan diminati ramai setelah melakonkan watak Suri Hati Mr.Pilot yang ditayangkan di Astro Ria. Majalah berprestij Forbes Asia telah memilih Neelofa sebagai penghias muka depan pada Mac 2017. Selepas itu Neelofa menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa bertujuan membantu mereka yang memerlukan.

Beliau juga merupakan pengasas kepada Naelofar Hijab. Menggunakan media sosial sebagai platform untuk memperkenalkan koleksinya seperti hijab, minyak wangi, pakaian muslimah, aksesori dan kanta lekap ternyata meletakkan beliau sebagai usahawan berjaya. Naelofar Hijab telah berjaya terjual di 38 buah negara (RM50 juta) dan berjaya menembusi pasaran Brunei, Australia, Belanda, Singapura, dan London.

Mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada 27 Mac 2021, pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal.

Pencapaian yang begitu baik sehingga tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia 2017, mewakili Malaysia untuk Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNDP), menjadi panel penceramah Forum Belia Misdk-UNDP Ddi New York, Amerika Syarikat selain diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat dalam majlis Swarovski Crystal Wondrland di Milan, Itali.

Neelofa pernah dilantik menjadi pengarah bebas bukan eksekutif oleh AirAsia. Selain itu beliau merupakan wanita pertama berhijab yang dilantik oleh Swarovski di Malaysia untuk menjadi duta mereka. Beliau kemudian dicalonkan dalam kategori usahawan di anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 di Monaco.

 

4. Asyallie Ahmad

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyalliee Ahmad (@asyalliee)

Siti Syasya Rosaelmi binti Ahmad atau nama komersialnya Asyalliee dan Syasya Solero merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik dilahirkan di Kulim kedah pada 26 Julai 1997. Berkahwin dengan Eboy Arbaain pada bulan Februari 2017. Pengikut Instagramnya mencecah lebih 1.5 juta. Beliau mendapat perhatian selepas merakam video yang berbunyi “Macam cantik je, macam comel je”.

Beliau pernah membintangi beberapa iklan dan drama. Selain itu beliau turut membintang telefilem berjudul Secawan Kopi Sebungkus Roti di tv1 dan filem pendek Kaki Gebang di tv9. Asyallie juga telah mengeluarkan single bertajuk I’m Lovely pada 20 Februari 2020.

Telah mengambil peranan menjadi brand ambassador untuk barangan kecantikan K’Dool Beauty dan Fashion Leeyana Rahman selain menerima pengiktirafan di Anugerah Instafamous untuk tahun 2017.

Beliau juga pernah tersenarai sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, dan sangat komited untuk membantu surirumah, pelajar, selain meningkatkan ekonomi islam.

 

5. Dr Fatin Liyana

Nur Fatin Liyana binti Asri merupakan seorang gadis yang berada pada ranking ke 6 Senarai Top 10 Google yang dikeluarkan oleh google zeitgeist pada tahun 2011. Mula dikenali menerusi  blog beliau iaitu http://honeykoyuki.blogspot.com/ semasa melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Jumlah pengikut untuk laman blognya sekarang adalah seramai  42,860,209.

Dr. Fatin juga merupakan antara 14 individu penerima Anugerah Tokoh Srikandi Negara pada tahun 2014. Bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang juga seorang doktor, blogger, penulis dan penyanyi iaitu Dr. Anwar Fazal.

Malah sehinggalah sekarang, populariti Pegawai Perubatan, Bahagian Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, Klinik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia itu masih lagi kekal bertahan dan semakin mencanak tinggi popularitinya.

Penerima anugerah ASEAN Top 50 Social Media Influencers ini juga telah menulis buku Diagnosis Fobia, Diagnosis Apokalips di mana ia telah diiktiraf sebagai Pemenang Terbaik Buku Bukan Fiksyen MPH pada tahun 2016. Selain itu beliau juga merupakan pengarang bersama bagi buku Diagnosis 2 yang turut merangkul Pemenang Terbaik Buku Bukan Fiksyen MPH pada tahun 2015.

Pengaruh yang dibawa nama-nama besar ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Apa sahaja yang mereka lakukan sering mendapat perhatian masyarakat. Hatta sekecil-kecil perkara sekalipun akan mengundang reaksi yang besar oleh semua pihak.

Peranan mereka dalam menyampaikan pelbagai perkara contohnya seperti kesedaran awam juga sangat memberi kesan kepada pengikut serta orang awam. Malah, semua influencer ini juga sering dijadikan idola oleh para pengikut disebabkan kejayaan yang dimiliki.


Anda juga boleh menjadi pemberi pengaruh dalam industri hartanah, sama seperti Datin Vivy Yusof! Sertai kami, dan jadi sebahagian daripada ahli kami, di mana anda akan dibantu untuk berkembang dan mencapai impian anda untuk menjadi seorang influencer!

Related posts

Membeli-Belah Secara Dalam Talian Di Anggap Lebih Mudah: 7 Kelebihan Membeli-Belah Dalam Talian

Sofiah

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 14!

Nur Aiman

Khairy Jamaluddin: Pelitup Muka di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan Bermula 7 Sept

Sofiah