3 MIN READ4 Pekerjaan Yang Tidak Perlukan Ijazah Tapi Gaji WOW!

Pekerjaan yang tidak perlukan ijazah

Sudah menjadi satu stigma dalam masyarakat kita sekarang yang kalau tiada ijazah anda tidak akan berjaya dalam kehidupan. Betul pelajaran itu penting, tapi tidak semuanya yang kita belajar harus ditimba di dalam kelas dan berhadapan papan putih.

Ramai juga yang berjaya dengan menimba ilmu melalui mentor dan pelajari selok belok menjadi usahawan dan berniaga sendiri. Oleh itu, kami ingin bincangkan 4 pekerjaan yang tidak perlukan ijazah tapi gaji leleh. Apa dia? Haa baca dekat bawah!

1. Ejen Insurans

Antara pekerjaan yang tidak perlukan ijazah, tetapi memerlukan soft-skills yang hebat. Dengan cara komunikasi yang betul dan daya pujuk yang tepat, confirm boleh dapatkan beberapa prospek untuk membeli insurans dengan mereka. 

Ramai juga pekerja sepenuh masa yang mengambil peluang menjadi ejen insurans separuh masa untuk tambahkan duit poket mereka.

Kelayakan bagi seorang ejen insurans adalah:

Dan kini sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang untuk memiliki perlindungan insurans demi keselamatan mereka.

2. Pembantu Ejen Harta Tanah (REN)

Pekerjaan yang tidak perlukan ijazah

Sama seperti ejen insurans, pembantu ejen harta tanah (REN) juga perlukan soft-skills yang hebat. Ini kerana anda akan persembahkan sesuatu yang bernilai tinggi – hartanah.

Dan kerjaya REN ini tidak perlukan sebarang ijazah. Minima hanya SPM dan anda perlu menduduki peperiksaan untuk mendapatkan kad REN anda. 

Selain dari kad REN anda, anda juga perlukan semangat yang berkobar-kobar kerana semua orang merupakan prospek anda kerana tidak kira muda atau tua, mereka akan perlukan hartanah! Jadi lidah jangan kelu, banyakkan berkenalan dengan orang dan mulakan jualan anda.

Tahukah anda bahawa REN di IQI Global akan terima insentif menarik seperti kereta mewah atau melancong luar negara? Berminat untuk ketahui lebih lanjut? Klik sini, isikan maklumat anda, kami hubungi anda!


Baca selanjutnya;

5 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah di Malaysia

Jom Jadi Ejen Hartanah di IQI Global – Part 1


3. Ejen / Stokis Produk

Dengan pelbagai produk yang wujud kini, semestinya rakan kita atau ahli keluarga kita yang merupakan ejen ataupun stokis sesebuah produk. Ini juga merupakan pekerjaan yang tidak perlukan ijazah. Dengan margin keuntunguan setiap barang yang dijual, menjadi seorang ejen atau stokis produk boleh menjadi salah satu pilihan anda.

Kadar modal pun tidak sekasar pilihan lain. Selain itu, tugas ibu pejabat (HQ) produk yang anda menjual akan bantu keluarkan alat pemasaran yang anda boleh pakai untuk mempromosikan produk kepada khalayak ramai. Jadi, tugas utama anda adalah untuk menjual sahaja.

Banyak produk yang wujud di luar sana yang merangkumi produk kecantikan, makanan dan lain-lain. Jadi buat pilihan yang terbaik dalam menjadi seorang ejen atau stokis produk dan nikmati keuntungan dengan baik.

4. Usahawan

Pekerjaan yang tidak perlukan ijazah

Pekerjaan yang tidak perlukan ijazah yang terakhir. Kalau tak nak jadi ejen atau stokis produk, anda la yang keluarkan produk dan cari ejen atau stokis. Tapi berat lagi tanggungjawab anda. Sebagai seorang usahawan, anda perlu mengkaji trend semasa sebelum mengeluarkan produk anda.

Apa yang orang perlukan? Apa yang masih belum ada? Apa yang membuatkan produk anda lain dari yang lain?

Selain dari bertanya soalan-soalan tersebut, banyak lagi yang perlu dilakukan seorang usahawan harus agar beliau dapat melaksanakan perniagaan tanpa mengahadapi sebarang masalah serta mendapat sokongan dan idea baharu.

Menjadi usahawan tidak semestinya anda perlu melabur modal yang banyak. Anda boleh mulakan perjalanan anda sebagai seorang usahawan dengan modal yang kecil dan menaik taraf dari situ.

Impian setinggi gunung bermula dari impian sekecil hama.


Bukan senang nak jadi senang dan memang akan ada cabaran bagi setiap karier yang anda pilih. Ilmu wajib ditimba dan seeloknya kita jangan berhenti belajar kerana setiap hari ada sahaja benda baharu yang kita akan terima.

Ingin mulakan perjalanan anda sebagai pembantu ejen harta tanah (REN), sekarang peluangnya!

IQI Global dengan kempen #MarchtoVictory menawarkan harga yuran REN dengan hanya RM188! Murah teruk!

Isi maklumat anda di bawah dan pihak kami akan hubungi anda!

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Related posts

Semua elaun pembelian rumah pertama oleh kerajaan tahun 2021!

Ahmad

6 Sebab mengapa IQI merupakan pilihan terbaik seorang REN

Ahmad

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Ahmad