10 Homestay Terbaik Di Malaysia

homestay terbaik

Bagi anda yang gemar melancong, pasti destinasi utama yang perlu dicari adalah tempat penginapan atau homestay terbaik yang sempurna dan cukup selesa.

1. Kainsal Guesthouse Melaka

2. Hin’s Villa Tanjung Bungah di Penang

3. Villa 969 di Port Dickson

4. Villa Kaseh Ain di Terengganu

5. Arfa Home Homestay

6. One Riimba di Johor Bharu

7. Che Adham Guest House

8. Cloud9 Holiday Cottages di Langkawi

9. Borneo Beach Villas Karambunai

10. Nanga Damai Homestay

Tak lengkap rasanya jika menghabiskan waktu percutian tanpa mendapat penginapan yang terbaik apatah lagi jika homestay yang anda pilih untuk menginap itu bakal mencipta kenangan terburuk untuk anda sepanjang perjalanan percutian.

Dengan kewujudan lambakan homestay, agak sukar untuk anda membuat pilihan terbaik. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak akan menjumpai yang terbaik dalam senarai pilihan homestay yang terdapat di seluruh Malaysia ini.

Seperti yang kami kongsikan di bawah ini, pastinya ia akan membantu anda untuk mencari homestay manakah yang terbaik yang boleh anda jadikan destinasi penginapan.

Jom kita semak pilihan homestay terbaik di Malaysia yang boleh anda pilih di bawah ini!

 

Senarai Homestay Terbaik Yang Boleh Anda Pilih:

1. Kainsal Guesthouse Melaka

kainsal guesthouse melaka

source: Let’s Go Holiday

Jangan tertipu dengan pandangan luar! Kadang-kadang pandangan luar tidak menerangkan sepenuhnya keadaan sesuatu tempat.

Sama seperti Kainsal Guesthouse di Melaka ini, kalau dlihat pada rupa fizikal bahagian luarnya tampak seperti sebuah gudang atau pun kubu lama tetapi setelah anda menjejakkan kaki memasuki perkarangan homestay ini, kami percaya dan sangat yakin anda pasti akan terpesona dengan dekorasi dalamannya.

Terletak kira-kira 15 minit untuk ke Bandari Hilir, homestay ini menyediakan pelbagai kemudahan yang sangat mesra pelanggan dan berbaloi untuk menginap. Antara tawaran perkhidmatan yang disediakan oleh Kainsal Guesthouse Melaka ini adalah seperti rumah yang berhawa dingin, akses wifi secara percuma, kolam renang persendirian, alatan BBQ yang serba lengkap serta panorama yang mengujakan hari anda.

Homestay ini terletak di tengah-tengah di antara Alor Gajah, A’Famosa, Banda Hilir, Jonker Street dan juga Ayer Keroh.

Apa yang menariknya, homestay ini boleh diduduki sehingga 20 orang tetamu di mana ia menyediakan 6 bilik tidur dengan kelengkapan lengkap seperti televisyen, tandas serta pengering rambut.

Harganya pula bermula dari RM1,050 untuk satu malam. Bagi anda yang ingin berkunjung di sini boleh layari laman web Kainsal Guesthouse Melaka iaitu.

Alamat: 3072, Jalan Wakaf, Kg Tun Abd Razak Fasa 2, 75450 Bukit Katil, Melaka.

 

2. Hins’s Villa @ Tanjung Bungah di Penang

hins villa tanjung bungah penang

source: Agoda

Homestay terbaik yang seterusnya pula adalah Hins’s Villa @ Tanjung Bungah. Hins’s Villa @ Tanjung Bungah ini mampu untuk menerima kehadiran tetamu seramai 20 orang dalam satu-satu masa.

Bagi makluman anda, homestay ini terletak di Tanjung Bungah iaitu 3.9km dari Straits Quay Convention Centre. Ia dilengkapi dengan 5 bilik tidur iaitu 3 katil Queen dan 2 katil Single Twin serta 3 tandas.

Bagi anda yang suka berenang dan inginkan privasi, jangan risau kerana homestay ini sangat memenuhi keperluan anda.

Hins’s Villa @ Tanjung Bungah ini mempunyai kolam renang persendirian dengan halaman yang sangat cantik dan dijaga dengan sempurna.

Menggunakan tema yang berlainan iaitu industrial ia mampu membuatkan homestay ini lebih menonjol dan kelihatan menarik berbanding dengan rumah homestay lain.

Ia turut dilengkapi dengan penghawa dingin, akses wifi secara percuma, kelengkapan set untuk BBQ serta set kelengkapan mandi. Harga penginapannya pula adalah bermula RM980 untuk satu malam. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: 502-J, Jalan Tanjung Bungah, 11200, Pulau Pinang, Malaysia.

3. Villa 969 di Port Dickson

villa 969 di port dickson

source: Agoda

Villa 969 di Port Dickson ini pula mempunyai 4 bilik tidur dan 1 bilik tidur dan mampu untuk memuatkan seramai 15 orang tetamu dalam satu-satu masa.

Ia dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu kawalan keselamatan melalui CCTV selama 24 jam dan terletak di dalam kawasan kejiranan yang berpagar serta mempunyai keluasan sehingga 12,000 kaki persegi mampu membuatkan penginapan anda lebih selesa dan selamat serta menyeronokkan.

Villa ini juga turut menyediakan 5 tilam tambahan serta 1 katil sofa di mana ia mampu memberi lebih keselesaan untuk tidur anda yang sempurna.

Selain itu, villa ini juga sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan dilengkapi dengan 3 bilik air dan water heater, penghawa dingin, TV dan Astro, wifi, set kelengkapan BBQ, water dispenser, permainan outdoor dan juga indoor serta kelengkapan perkakas asas untuk memasak.

Villa ini menawarkan harga yang bermula dari RM825 untuk satu malam. Layari laman web https://www.villa969.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: 11, Jalan PDV 3, PD Villa Country Resort, 71050 Teluk Kemang Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

4. Villa Kaseh Ain di Terengganu

villa kaseh ain terengganu

source: Villa Kaseh Ain

Homestay terbaik yang seterusnya pula adalah Villa Kaseh Ain yang terletak di Terengganu. Villa ini menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik dan menepati citarasa dan keselesaan buat anda sekeluarga.

Untuk makluman anda, homestay ini mampu untuk menampung tetamu sehingga 30 orang di mana ia sesuai buat anda yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar.

Villa Kaseh Ain mempunyai 7 bilik tidur iaitu 4 bilik dengan katil King, 2 bilik dengan katil Quen, 1 bilik dengan 2 katil Single serta 5 tilam tambahan dengan 3 katil sofa serta dilengkapi dnegan 6 tandas. Jadi anda tidak perlu lagi berebut untuk tidur kerana ia sudah mencukupi untuk memberi anda keselesaan yang berpanjangan.

Selain itu, villa ini juga turut mempunyai kolam renang yang terletak betul-betul berhadapan dengan pantai di Rantau Abang, Dungun di mana ia menambahkan lagi suasana yang aman, damai dan menyegarkan.

Malah, jika anda memilih untuk menginap di sini pada bulan Mei hingga Ogos, anda mungkin dapat melihat dengan mata anda sendiri penyu datang bertelur di sekitar pantai. Anda juga boleh berkunjung ke Pulau Tenggol dan Pulau Kapas yang berdekatan dengan villa ini.

Harga penginapan untuk satu malam di villa ini bermula dari harga RM1,900. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: Lot 2460, Jalan Dungun, Kampung Pasir Putih, 21610 Merchang, Terengganu.

 

5. Arfa Home Homestay

arfa home homestay

source: Arfa Home

Pilihan homestay terbaik yang seterusnya pula adalah Arfa Home Homestay. Homestay ini mempunyai kolam renang yang sangat luas dan terbahagi kepada dua iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.

Jadi anda tidak perlu berkongsi untuk mandi kolam bersama dengan mereka dan berasa lebih puas untuk berendam dan bermain air. Arfa Home Homestay turut menyediakan 4 bilik tidur di mana setiap bilik mempunyai kelengkapan katil bersaiz Queen serta penghawa dingin dan kipas dinding.

Paling menarik, homestay ini turut mempunyai teater rumah di mana anda dapat meluangkan masa bersama-sama dengan semua ahli keluarga anda. Selain bermandi-manda di kolam renang, anda juga boleh melakukan aktiviti lain contohnya seperti karaoke dan memancing.

Bagi anda yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai, jangan risau kerana homestay ini mampu menampung sehingga 20 hingga 25 orang tetamu dalam satu-satu masa. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: 38, Jln Andalas 5, Taman andalas, 05350 Alor Setar

 

6. One Riimba Private Pool & Garden Residence di Johor Bharu

One Riimba Private Pool

source: Agoda

One Riimba Private Pool & Garden Residence merupakan homestay terbaik buat anda sekeluarga menghabiskan waktu percutian yang menyeronokkan. Homestay ini terletak di kawasan Bukit Indah di mana ia berdekatan dengan dengan pelbagai kemudahan seperti kedai-kedai makan, pusat membeli-belah dan juga tempat-tempat tarikan yang ada di sekitar Johor Bahru.

Homestay jenis rumah banglo ini mempunyai 6 bilik tidur dengan 6 bilik air dan mampu memuatkan hampir 30 orang dalam satu-satu masa. Selain itu, homestay ini turut mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang sangat luas dan selesa untuk anda diami.

Di bahagian luar homestay pula, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti menarik seperti BBQ sambil bermandi-manda di kolam renang persendirian yang turut disediakan di homestay ini. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

 

7. Che Adham Guest House

Che Adham Guest House merupakan salah satu homestay dengan private pool terbaik yang terdapat di negeri Kelantan. Che Adham Guest House merupakan sebuah banglo dua tingkat yang terletak di Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan. Ia mempunyai 4 bilik tisur dan tiga bilik air di mana mampu memberi lebih keselesaan buat anda yang menginap di sini.

Homestay ini juga berdekatan dengan Rantau Panjang dan Kota Bharu. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: NO 16, TAMAN DESA BARU, 16450 Ketereh, Kelantan

 

8. Cloud9 Holiday Cottages di Langkawi

Homestay yang berkonsepkan cottage ini menawarkan anda percutian yang serba mewah dan menarik.

Ia mempunyai suasana dan dekorasi yang sememangnya cukup cantik dan menenangkan fikiran. Cloud9 Holiday Cottages yang terletak di Pantai Cenang ini juga berdekatan dengan Underwater world Langkawi dan Pantai Kuala Muda.

Cukup mudah untuk anda berkunjung ke kedua-dua tempat ini untuk lengkapkan percutian yang sempurna. Di Cloud9 Holiday Cottages ini juga terdapat beberapa kemudahan yang menarik seperti kolam renang, teres berkongsi dan lain-lain.

Malah, sarapan pagi juga turut disediakan di sini. Homestay ini mempunyai pilihan rumah iaitu sebilik, 2 bilik serta 3 bilik di mana kesemua unit ini mempunyai kelengkapan bilik mandi en-suite dan keperluan ringkas seperti peti sejuk dan cerek.

Anda juga boleh menikmati akses WiFi secara percuma di sekitar Cloud9 Holiday Cottages. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: 110, Jalan Chandekura, Pantai Cenang

 

9. Borneo Beach Villas Karambunai

Jika anda sedang mencari homestay yang menjamin kemewahan dan privasi buat anda sekeluarga, Borneo Beach Villas Karambunai adalah pilihan wajib dan tepat.

Villa yang bertemakan resort ini berdekatan dengan pantai dan sangat cantik dan mampu mempesonakan anda sekeluarga. Dengan pemandangan yang cukup indah disertai angin sepoi-sepoi bahasa, kami pasti hari-hari anda akan penuh dengan keterujaan.

Villa ini juga turut lengkap dengan kolan renang persendirian dan menjamin keselesaan anda untuk bermandi-manda tanpa ada sebarang gangguan. Ia mempunyai pilihan untuk anda pilih iaitu villa dengan 2 atau 3 bilik untuk didiami.

Selain itu, anda juga boleh akses wifi secara percuma jika menginap di sini dengan perkhidmatan pengemasan bilik secara harian. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: 161, Pool Villa & Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah

 

10. Nanga Damai Homestay

Pilihan homestay terbaik yang seterusnya pula adalah Nanga Damai Homestay yang merupakan sebuah kediaman yang cukup popular dan dikenali di Kuching, Sarawak.

Anda pasti akan teruja melihat keindahan yang terdapat di persekitaran dan juga dalaman homestay yang menarik ini. Nanga Damai Homestay yang terletak di Hutan Borneo ini mampu memberikan percutian yang cukup menarik buat anda dengan segala kelengkapan serta kemudahan yang disediakan.

Homestay ini menyediakan kediaman jenis bilik villa kepada bilik double di mana anda boleh memilihnya mengikut bajet dan kesesuaian anda.

Paling menarik di sini, anda turut disediakan sarapan pagi dan tidak perlu lagi bersusah-payah keluar untuk mencari makanan.

Tumbuhan hijau dan pokok-pokok bunga yang tumbuh subur dan mekar di persekitaran halaman homestay ini pasti akan membuatkan jiwa anda menjadi tenang dan mendamaikan ditambah pula kecantikan alam semulajadinya yang menghijau.

Homestay ini juga mempunyai kolam renang di mana anda boleh menghabiskan waktu bermandi-manda bersama dengan anak-anak. Layari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay ini.

Alamat: Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93100 Kuching, Sarawak

Hiaskan hari-hari percutian anda segala aktiviti yang menyeronokkan serta mampu menghilangkan segala kerunsingan dan tekanan di jiwa anda. Selamat bercuti!


Kami mempunyai profesional perunding hartanah yang sedia membantu. Sila isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!

Related posts

5 Lagu Tema FIFA Terbaik yang Akan Membuat Anda Teruja untuk Piala Dunia 2022!

Sofiah

5 Jenis Pakaian Tradisional Melayu Untuk Majlis Pernikahan

Sara

5 Pekerjaan Gaji Tertinggi yang Tidak Memerlukan Ijazah & Membayar Lebih Daripada Rm 80k/tahun.

Sofiah