1 MIN READHOC 2020 akan tarik lebih ramai pembeli rumah pertama – CEO IQI Global

Langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan menarik lebih ramai pembeli kali pertama ke dalam pasaran pada separuh kedua 2020, kata ketua firma pelaburan dan khidmat nasihat.

Ketua Pegawai Eksekutif IQI Global Group, Kashif Ansari menyifatkannya sebagai satu inisiatif yang disambut baik memandangkan ia akan memudahkan pembeli untuk memasuki pasaran hartanah sekali gus mengurangkan lambakan hartanah semasa yang tidak terjual.

“Kami berharap kerajaan dapat melonggarkan dasar pemberian pinjaman supaya pembeli rumah lebih mudah memperoleh pinjaman,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin semasa membentangkan PENJANA, yang disiarkan secara langsung menerusi saluran radio dan televisyen semalam berkata, untuk merancakkan semula pasaran hartanah, beberapa insentif cukai akan disediakan.

Beliau berkata antaranya, menerusi HOC, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai di antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Selain itu pengecualian duti setem ke atas 14 surat cara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman, katanya.

Click here to read more about it. 

SOURCE: ASTRO AWANI

Related posts

How to avoid being a victim of Dengue

Aliaa

Malaysia airports prepared for travel bubble onset

Aliaa

Short-term economic recovery plan (ERP) introduces attractive stimulus measures

Nabila