3 MIN READPKP 2.0, PKPB, PKPP dan PKPD? Apa Yang Anda Perlu Tahu (Terkini 2021)

 

Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan 6.00 petang, 11 Januari 2020 telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai 13 Januari sehingga 26 Januari. Keputusan yang dibuat Pentingnya PKP untuk cegah penularan wabak Covid-19.

Tapi, apa perbezaan Perintah-Perintah Kawalan ini? Negeri mana yang terlibat? Dengan peningkatan kes harian, artikel ini memberi anda maklumat terkini mengenai aspek-aspek Perintah Kawalan Pergerakan:

[Terkini 21 Januari 2021]

Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri dan berakhir pada 4 Februari 2021.

Negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Sabah, Melaka, Wilayah Persekutuan (Labuan, Putrajaya, Kuala Lumpur) dan Johor.

Selain itu, kedai makan kini boleh beroperasi sehingga jam 10 malam tetapi makan di premis masih tidak dibenarkan.

[20 Januari 2021]

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.

[18 Januari 2021]

Pada 18 Januari 2021, pukul 4:00 petang, oleh YAB Perdana Menteri telah umumkan sebuah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit. Apa bantuan-bantuan yang dah dikeluarkan kerajaan 2021 ni?

[12 Januari 2021]

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Walau bagaimanapun, telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri darurat yang diisytiharkan:

  • tidak ada perintah berkurung
  • bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera
  • kerajaan awam akan terus berfungsi

1. PKP 2.0 (Perintah Kawalan Pergerakan)

 

Perintah untuk melaksanakan PKP 2.0 pada 11 Januari 2021 adalah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yang meningkat setiap hari. Keputusan yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri akan berkuatkuasa mulai 13 Januari 2021, jam 12.01 tengah malam.

2. PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)

 

PKPP merupakan kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya. Orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta kerap mencuci tangan.


3. PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)

 

Pelaksanaan PKPB perlu dilakukan sebagai langkah berjaga untuk membendung dan mencegah penularan penyakit Covid-19 susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat. Termasuk mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Masa operasi perniagaan juga dihadkan dan ada campur tangan pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya  dan pemantauan premis ke premis. Pada 13 Januari 2021, jam 12.01 tengah malam, PKPB akan dilaksanakan di negeri Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

4. PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)

Kawalan pergerakan penuh. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika kes menular tinggi secara berselerak.


Kita masih belum menang, patuhi SOP!

Pertarungan Covid-19 masih berterusan dan setiap orang ada peranan untuk dimainkan. Patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sama-sama kita bendung wabak virus Covid-19. 

  • Pakai pelitup muka di tempat awam
  • Keluar rumah hanya bila perlu
  • Kerap cuci tangan anda
  • Jaga penjarakan fizikal

#KitaJagaKita, kalau bukan, siapa lagi? Mari kita sama-sama cegah penularan wabak Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Majlis Keselamatan Negara

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia

Adakah anda berminat untuk menjadi Ejen Hartanah? Jika ya, kami di IQI Global ingin membantu anda untuk merealisasikan impian anda. Sertai kami sekarang!

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

 

Related posts

Apa Itu B40, M40 dan T20? Senarai Bantuan 2021

Ahmad

Kadar faedah pinjaman dijangka turun lagi

Aliaa

5 langkah mudah beli rumah subsale [2021]

Aliaa