Raikan Majlis Perasmian IQI Putrajaya

IQI, agensi hartanah dan pelaburan global terkemuka di Asia, telah meluaskan lagi perniagaannya di Malaysia dengan membuka pejabat di Putrajaya untuk memenuhi keperluan pembeli tempatan.

Dibuka secara rasmi pada 26 Mei 2022, majlis perasmian IQI Putrajaya tersebut diraikan dengan kehadiran kira-kira 500 REN dan tetamu IQI.

Turut hadir dan menyaksikan detik bersejarah ini ialah barisan pemimpin IQI, Ketua Pegawai Eksekutif IQI Kashif Ansari, Pengarah Urusan Kumpulan Daniel Ho, CFO Shahid Saleem, COO Nabeel Mungaye, Pengarah Eksekutif Kumpulan Sheila Tan, dan Pengarah Projek Kumpulan Anthony Lim.

perasmian majlis
Kedua dari kiri: Sheila, Daniel, Muhazrol, Kashif, Shahid, Nabeel, Anthony dan barisan pemimpin yang lain.

Juga, turut hadir menyerikan majlis perasmian pembukaan cawangan IQI Putrajaya ialah wakil MIEA dan LPPEH. IQI juga merupakan ahli Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

IQI juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyambut Hari Raya bersama para REN. Selain persembahan lagu dan tarian tradisional, IQI turut menjemput penyanyi terkemuka tanah air, Ning Baizura.

Kemuncak majlis diserikan dengan “Gerai Juadah Potluck oleh Ketua Pasukan”. Setiap ketua pasukan menyediakan 6 gerai makanan tradisional Melayu yang berbeza, termasuklah hidangan istimewa Utara, Pantai Timur dan Selatan, hidangan mi, kuih-muih, minuman dan buah-buahan.

Dapatkan berita semasa IQI Putrajaya melalui laman Facebook mereka di sini!


Sempena pembukaan cawangan baharu ini, kami juga menawarkan peluang baharu untuk anda di luar sana. Sertai pasukan kami di IQI untuk menjadi sebahagian daripada salah satu pasukan hartanah antarabangsa yang maju berteknologi pada hari ini. Isi borang di bawah dengan segera!

Related posts

Cara Guna KWSP Online Untuk Beli Rumah Tahun 2022

Sara

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah