QnA Bagi Pembeli Rumah Pertama

QnA rumah pertama

Know more about questions a first-time home buyer may have in the English version of this article.


Membeli rumah merupakan satu proses yang agak rumit dan memerlukan satu komitmen yang tinggi. Banyak soalan yang menjadi tanda tanya kepada para pembeli rumah buat kali pertama ini. Di artikel kali ini, kami kumpulkan 8 soalan yang menjadi pertanyaan kepada para pembeli rumah.

 

1. Kenapa harga hartanah sangat tinggi?

Ini merupakan soalan dan tanggapan bagi para pembeli rumah yang baru sahaja memulakan proses pencarian rumah pertama mereka. Walau bagaimanapun, dengan kos yang mahal tersebut, para pembeli tetap akan tertarik pada rumah yang menyediakan banyak kelebihan kepada mereka. 

Para pembeli akan tertarik pada rumah yang mempunyai reka bentuk yang cantik, ruang yang luas serta kemudahan kepada mereka. Lebih banyak kelebihan yang ditawarkan serta dimiliki oleh sesebuah rumah tersebut, lebih tinggi harga rumah tersebut. 

 

2. Hartanah bertingkat atau ‘landed’?

landed atau bertingkat

Jika anda ingin membeli projek yang baharu di KL, anda harus tahu bahawa kebanyakkan hartanah yang ada ataupun hartanah yang bakal dilancarkan ialah hartanah bertingkat. Anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan rumah ‘landed’ jika anda berada di diluar KL. 

Kebanyakkan hartanah bertingkat ini menyediakan kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, kawalan keselamatan dan banyak lagi. Namun begitu, rumah ‘landed’ menyediakan ruang yang lebih besar dan selesa, anda juga tidak perlu menunggu lif bagi masa yang lama selepas membeli barang keperluan dapur. Dan ini merupakan satu bonus bagi mereka yang mendapatkan rumah ‘landed’.

 

3. Apakah dokumen yang diperlukan?

Dalam proses pembelian rumah, terdapat beberapa dokumen yang anda perlukan daripada awal pencarian rumah serta dalam peringkat seterusnya. Antara dokumen tersebut adalah:

  • Letter of Offer (Surat Tawaran Pembelian)
  • Perjanjian Jual Beli (SPA)
  • Dokumen pinjaman
  • Memorandum of Transfer (MoT)
  • Duti setem
  • Kos guaman

Semua dokumen ini mungkin mendatangkan kekeliruan bagi anda yang belum mempunyai pengalaman dalam proses pembelian rumah. 

 

4. Berapakah bayaran bulanan yang harus dibayar?

Kebanyakkan pembeli rumah pertama risau akan bayaran bulanan yang harus dibayar. Mereka kebanyakkan risau bahawa bayaran bulanan adalah tinggi dan mereka tidak mampu membuat bayaran tepat pada masanya. 

Bayaran bulanan yang disarankan adalah berjumlah 30% ataupun kurang daripada jumlah pendapatan keseluruhan isi rumah. Sebagai contoh, jumlah pendapatan keseluruhan isi rumah anda ialah RM5,000 setiap bulan. Darabkan 30% dengan RM5,000 bagi mendapatkan anggaran bayaran bulanan rumah anda. Daripada anggaran tersebut, bayaran bulanan yang sesuai adalah RM1,500 ataupun kurang daripada itu. 

 

5. Bagaimana dengan permohonan pinjaman bank?

Apabila membeli rumah, anda digalakkan untuk membuat pinjaman lebih daripada satu bank. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada anda mungkin tertanya-tanya kenapa setiap bank menawarkan skim kewangan yang berbeza-beza? Malahan ada bank yang menolak permohonan pinjaman sekiranya seorang pemohon menghantar dokumen yang sama kepada bank tersebut. 

Sebelum pihak bank menerima permohonan pinjaman tersebut, mereka akan menilai jumlah pendapatan si pemohon, sejarah kredit (credit history), nisbah khidmat hutang (debt service ratio) dan kriteria lain. Dibawah merupakan kriteria yang harus dimiliki bagi mendapatkan pinjaman dengan pihak bank:

  • Anda haruslah seorang warganegara Malaysia ataupun seorang warga asing dengan permit pekerjaan dan visa.
  • Berumur 18 hingga 75 tahun.
  • Permohonan haruslah dibuat bersama dengan ahli keluarga terdekat seperti, pasangan, ibubapa, adik-beradik ataupun anak. 
  • Haruslah mempunyai rekod pembayaran balik yang baik dengan hutang yang sediaada. 

 

6. Apakah inisiatif yang terdapat bagi pembeli rumah pertama?

Terdapat banyak kelebihan bagi pembeli rumah buat kali pertama ini. Kerajaan menyediakan banyak program bagi membantu para pembeli rumah pertama yang kurang berkemampuan. 

Antara inisiatif yang ditawarkan ialah Residensi Wilayah (RUMAWIP), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), skim MyDeposit dan lain-lain. 

Pada tahun 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM2 bilion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina, peruntukan skim ini adalah bagi memudahkan mereka yang tiada bukti pendapatan tetap bagi membeli sebuah rumah. 

 

7. MRTA Atau MLTA

Jaminan Gadai Janji adalah sejenis insurans yang melindungi jumlah baki pinjaman yang belum dijelaskan. Terdapat 2 jenis jaminan gadai janji, iaitu Mortgage Level Term Assurance (MLTA) dan Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA). 

Bagi mereka yang tidak berpengalaman dalam pembelian hartanah ini, mungkin susah bagi anda untuk membezakan dua jenis jaminan gadai janji ini. Jika anda tidak mampu menjelaskan bayaran balik diatas sebab kematian ataupun kecacatan yang kekal, tanggungan serta waris anda tidak akan terbeban dengan hutang tersebut. Polisi insurans ini akan membayar balik jumlah baki pinjaman yang belum dilunaskan. 

 

8. Adakah reputasi pemaju itu penting?

Bagi pembeli rumah buat pertama kali, adalah sangat penting buat anda membeli rumah daripada pemaju yang memiliki reputasi yang baik. Buat kajian terlebih dahulu mengenai pemaju yang terdapat di kawasan anda dan pilihlah yang mempunyai rekod yang baik. 

Jika anda mendapatkan khidmat pemaju yang mempunyai rekod dan reputasi yang kurang memberangsangkan, akan ada beberapa akibat yang bakal terjadi. Selain itu, anda juga mungkin akan menyesal membeli hartanah daripada pemaju tersebut. Pemaju yang tidak memiliki reputasi yang elok selalunya mempunyai masalah kewangan serta masalah pengurusan. Oleh itu, sudah tentu projek yang dihasilkan kurang berkualiti. 

Disebabkan masalah kewangan serta pengurusan tersebut, projek yang dihasilkan akan memiliki banyak masalah, antaranya ialah dinding yang retak dan jubin yang rosak. Bagi mengelakkan isu tersebut berlaku, anda haruslah memilih pemaju yang bagus. Ini kerana, mereka lebih memahami undang-undang pembinaan. Oleh itu, mereka akan menyediakan keadaan rumah yang selesa dan elok kepada para pembeli. 

Jika anda berminat untuk mengetahui perkembangan projek terkini, boleh layari portal rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 


Adakah anda berminat untuk mendapatkan rumah pertama anda? Di IQI, kami menyediakan servis bagi membantu anda mencari rumah terbaik buat anda mengikut bajet yang anda ada. Tinggalkan butiran anda dibawah, dan kami akan hubungi anda!

Related posts

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah

Pembelian Asing Hartanah Pulih Menjelang Akhir 2023 – JUWAI IQI

syakirah