Khairy Jamaluddin: Pelitup Muka di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan Bermula 7 Sept

khairy, 口罩

Version: CN, EN


Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini mengumumkan bahawa pelitup muka kini tidak lagi diwajibkan di kawasan tertutup, berkuat kuasa pada 7 September 2022. Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi Covid-19 yang semakin pulih di negara ini dan berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Selepas menganalisis situasi semasa COVID-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah memutuskan untuk menggugurkan mandat pelitup muka, sementara masih menguatkuasakan penggunaannya dalam kes tertentu, seperti:

1. Kes positif COVID-19
2. Dalam pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan e-hailing
3. Di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dll.


Kementerian terus menggalakkan penggunaan pelitup muka bagi individu yang mengalami simptom seperti batuk, bersin dan demam, individu berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, wanita hamil dan ketika berada di kawasan yang sesak.

Pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan kawasan tertutup kini adalah atas pilihan sendiri. Namun demikian, pemilik premis masih mempunyai kebebasan untuk menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.

Pihak kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi COVID-19, dalam dan luar negara, selain memastikan perkhidmatan kesihatan berada pada tahap optimum. Dan rakyat juga digalakkan untuk tetap menjaga kesihatan dan kebersihan diri, elakkan berada di tempat yang sesak dan kekal selamat dengan mengambil langkah pencegahan pada setiap masa.


IQI ialah syarikat hartanah global terkemuka dengan 30,000 ejen di lebih 20 negara di seluruh dunia. Sertai kami sekarang untuk membuat perubahan dalam industri hartanah!

Related posts

5 Lagu Tema FIFA Terbaik yang Akan Membuat Anda Teruja untuk Piala Dunia 2022!

Sofiah

5 Jenis Pakaian Tradisional Melayu Untuk Majlis Pernikahan

Sara

5 Pekerjaan Gaji Tertinggi yang Tidak Memerlukan Ijazah & Membayar Lebih Daripada Rm 80k/tahun.

Sofiah