Teka teki mengenai bila Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15 akhirnya terjawab jua. Ianya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada Isnin, 10 Oktober 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sehari sebelum itu, mengumumkan pembubaran Parlimen dalam satu pengumuman khas di Perdana Putra pada 10 Oktober.