OPR meningkat, pasaran hartanah tidak terjejas – JUWAI IQI

Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus baru-baru ini, dijangka tidak akan menjejaskan pasaran hartanah pada tahun 2022 dan 2023.

Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, kenaikan OPR tidak memberi risiko dan kesan negatif untuk pasaran hartanah, malah mencerminkan bahawa ekonomi berada dalam fasa pemulihan.

“Inflasi sedang melonjak di sebahagian besar dunia seiring lonjakan harga komoditi global, tetapi kadar inflasi keseluruhan di Malaysia yang dijangkakan berada pada tahap 2.2 peratus hingga 3.2 peratus pada tahun ini tidak terjejas kerana usaha kerajaan menyediakan subsidi bahan api.”

Jelas beliau lagi, keputusan BNM tersebut menunjukkan bahawa ekonomi tidak lagi memerlukan sokongan tambahan kadar faedah rendah.

“Kami menjangkakan ekonomi akan terus berkembang positif untuk pasaran hartanah pada separuh kedua 2022 dan 2023, sehubungan permintaan domestik yang lebih kukuh dan eksport yang lebih tinggi, berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDDNK) yang dijangka mencapai sehingga 6.3 peratus pada tahun ini,” katanya.

Baca lebih lanjut: BERNAMA, DagangNews, Borneo Network, Berita Harian


Berminat untuk melakukan pelaburan hartanah? Isikan borang di bawah untuk dapatkan bimbingan kami yang selanjutnya.

Related posts

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah

Pembelian Asing Hartanah Pulih Menjelang Akhir 2023 – JUWAI IQI

syakirah

“PropTech” Masa Depan Industri Hartanah

syakirah