Apakah Kesan OPR 2% Terhadap Pinjaman Perumahan?

Pada 11 Mei 2022, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas. Apakah maknanya?

Ini bermaksud, OPR meningkat daripada 1.75% kepada 2%. Peningkatan ini selaras dengan langkah pembukaan semula ekonomi global yang dijangka akan berterusan.

Apakah Kadar Dasar Semalaman (OPR)?

laman web bnm opr

Jadi, sebelum kita meneliti lebih jauh, mari kita lihat dahulu, apakah definisi OPR yang sedang hangat diperkatakan ini?

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Apakah peranan BNM ini?

BNM merupakan bank pusat yang menentukan kadar faedah bagi institusi-institusi kewangan untuk meminjamkan dana antara satu sama lain untuk tempoh satu malam. Bergantung kepada aktiviti pemberian pinjaman bank serta deposit dan pengeluaran pelanggan, bank mempunyai tahap rizab tunai yang berbeza-beza pada setiap hari.

Urusan perbankan bukannya satu dua, betul tak? Rupa-rupanya, urusan-urusan seperti pinjaman di bank itu turut mempengaruhi tahap rizab tunai mereka.

Begini mereka memastikan sistem perbankan stabil dengan mengekalkan keseimbangan aliran keluar masuk wang. Bank yang mengalami kekurangan tunai akan meminjam daripada bank dengan rizab tunai yang lebih besar untuk mengimbangi tahap tunai yang mereka ada.

Pentingkah untuk mengekalkan keseimbangan ini ? Ya, penting untuk memastikan sistem kewangan berfungsi dengan lancar, serta memenuhi keperluan mudah tunai yang ditetapkan oleh BNM.

Selain itu, bagi memastikan bank mempunyai jumlah tunai tersedia yang stabil, kadar faedah yang ditetapkan oleh OPR ini menyediakan rangka untuk hala tuju aliran kewangan di tahap nasional.

Jadi, peningkatan dan penurunan OPR bukanlah satu keputusan yang terburu-buru, ya. Ada faktor-faktor ekonomi yang turut menyebabkan keputusan oleh BNM tersebut dibuat. Oleh kerana kepentingannya dalam urusan perbankan juga, OPR boleh menjejaskan ekonomi dalam pelbagai cara, termasuklah pekerjaan dan inflasi.

Apakah kesannya terhadap pembeli rumah dan perniagaan?

kira kadar opr

Sebagai pembeli rumah, atau atau ahli yang menjalankan perniagaan, anda pasti risau dengan kenaikan ini. Khususnya kalau anda baru sahaja nak beli rumah dan mohon pinjaman. Pasti patah hati bila dengar keputusan peningkatan OPR tersebut.

TAPI, jangan risau. Rumah merupakan keperluan penting. UTAMAKAN, sekiranya perlu.

Walau bagaimanapun, tujuan kami di sini untuk huraikan kesan-kesannya. Jom lihat di bawah, apakah yang berlaku sekiranya terdapat peningkatan dan penurunan OPR?

  • OPR yang lebih tinggi, bermakna kos pinjaman akan menjadi lebih mahal untuk pengguna. Bank akan menyemak semula kos berikutan kenaikan OPR oleh BNM, menyebabkan kadar faedah yang lebih tinggi untuk pembeli rumah dan perniagaan. Kos yang lebih tinggi boleh mengehadkan akses peribadi dan komersial kepada modal.
  • OPR yang lebih rendah, sebaliknya, mendatangkan hasil yang bertentangan. Tahun 2020 melihat pencatatan kadar OPR terendah, iaitu pada 1.75%. Pengurangan kadar penanda aras pinjaman tempatan pada waktu itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran berikutan penularan COVID-19 dan ketidaktentuan global yang memberi kesan terhadap ekonomi.

Kenaikan OPR mengakibatkan:

1. Bayaran ansuran bulanan yang lebih tinggi

Kadar faedah yang lebih tinggi menjadikan kos peminjaman lebih mahal, mengakibatkan kenaikan bayaran ansuran bulanan.

2. Tempoh pinjaman yang lebih lama

Berikutan pertambahan jumlah ansuran bulanan, tempoh pembayaran balik akan dilanjutkan jika jumlah lama dikekalkan.

Memandangkan kebanyakan pinjaman perumahan di Malaysia ialah Pinjaman Fleksi Penuh atau Pinjaman Separa Flexi, ini bermakna bayaran bulanan anda akan turun naik seiring dengan kenaikan dan penurunan OPR.

Carta di bawah menunjukkan gambaran kasar tentang perubahan dalam pembayaran bulanan selepas kenaikan OPR:

Kadar faedah sebelum – 3% Kadar faedah semasa – 3.2% Kadar faedah akan datang – 3.5% Pertambahan jumlah ansuran bulanan
RM500K RM1924 RM1980 RM2066 RM56++
RM600K RM2309 RM2376 RM2479 RM67++
RM700K RM2693 RM2772 RM2893 RM79++

Kredit: Andy Foong, Perunding Hartanah IQI

***Maklumat di atas hanya untuk rujukan. Kadar faedah dan peratusan berbeza mengikut bank. Sila semak dengan bank anda untuk mendapatkan info terkini.

Adakah Ini Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?

Kadar dijangka meningkat menjelang akhir tahun kerana BNM memfokuskan kepada pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan. Berikutan dengan itu, wajarlah untuk mengatakan bahawa ini merupakan masa yang sesuai untuk mula membeli hartanah sebelum kadar dinaikkan dengan lebih tinggi pada hujung tahun ini.

OPR meningkat, pasaran hartanah tidak terjejas?

Klik di sini untuk baca!


Berminat untuk mendapatkan nasihat pakar dalam industri hartanah? Atau anda berminat untuk meningkatkan ilmu hartanah anda dan menjadi salah seorang pakar hartanah?

Isikan butiran anda di bawah sekarang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ejen hartanah terkemuka!

Related posts

Cara Guna KWSP Online Untuk Beli Rumah Tahun 2022

Sara

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah