4 Langkah Mudah Untuk Menjadi Influencer

Version: CN & EN


Macam senang je nak influencer sekarang ni kan? Tapi, mungkin kedengaran susah untuk mereka yang baru nak ceburi diri sebagai influencer.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa menjadi seorang influencer adalah untuk populariti semata, tetapi hakikatnya, tugas sebagai influencer amat berat kerana perlu memberi contoh teladan kepada pengikut mereka. Hal ini kerana, mereka berkongsi profesionalisme dan cadangan mereka sendiri berkenaan industri yang mereka ceburi. Jadi, ia bukan sekadar pelangi, matahari dan kamera yang kita anggap selama ini. Bak kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, kenalah berusaha keras untuk menjadi seorang influencer kan!

Cara Menjadi Influencer Hanya Dalam 4 Langkah Mudah

Influencer Dari Instagram

Marketing oleh influencer Instagram kini telah menjadi suatu trend di Malaysia, lagi-lagi apabila ramai orang cuba mencapai pengiktirafan dalam media sosial. Ia juga menjadi topik hangat dan tidak terhad kepada jenama tertentu sahaja. Bertuah betul kita lahir dalam Gen ini?

Jika anda telah membaca sejauh ini, mesti anda berminat untuk menjadi influencer, kan? Tapi tidak tahu di mana untuk bermula? Jangan takut, kami di sini ada untuk selamatkan anda daripada dilema yang membelenggu. Jadi, teruskan membaca jika anda mahu menjadi seorang influencer!

Cara Menjadi Influencer Hanya Dalam 4 Langkah Mudah!

Langkah 1: Mengetahui Niche Anda

Sesetengah daripada anda mungkin bertanya, apakah niche?

Niche ialah apabila seseorang memilih kepakaran yang mereka minati, atau mempunyai pengetahuan di dalamnya. Sebaiknya anda memilih niche yang anda minati dan boleh membuat konten yang bagus. Dari situ, anda mampu membina asas yang baik untuk diri anda dengan ilmu yang sedia ada. Dengan menggunakan semua kelebihan diri, lebih mudah untuk anda menonjol!

Oleh itu, anda perlu membuat penyelidikan dan membuat konten dalam kepakaran yang anda pilih. Walaupun payah kerana perlu mengorbankan masa dan tenaga, pastikan anda melakukannya dengan penuh semangat! Semakin anda bersemangat, semakin berkualiti kandungan yang boleh dikongsikan bagi menunjukkan kemahiran anda kepada pengikut atau follower di media sosial.

Daripada makeup kepada senaman, atau gaya hidup fesyen, anda perlu kecilkan skop minat yang anda ingin kongsikan untuk menemui jalan terbaik buat diri anda. Memilih 2-3 minat yang anda pakar atau betul-betul tahu mengenainya adalah yang terbaik. Seperti peribahasa Melayu, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit, yang memberi maksud setiap orang mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing. Jadi tunjukkan kebolehan anda! 

Langkah 2: Fahami Penonton Sasaran

Di sini, anda perlu memikirkan siapa golongan sasaran yang anda ingin pengaruhi, termasuk perlu berinteraksi dengan pengikut anda dan membuat mereka merasa dihargai. Ini akan dapat mewujudkan hubungan yang kuat pada kedua-dua belah pihak.

Influencer tidak dapat memenuhi kepuasan semua orang, mereka hanya boleh berkongsi minat, pengalaman dan semangat yang sama. Jadi, anda memang kena mengambil kira siapa sasaran penonton anda, kerana ia akan beri motivasi kepada anda supaya terus melakukan yang terbaik untuk membina pengikut atau follower setia.

Senang kan?

Sebagai permulaan, lihat saja akaun pengikut anda untuk mendapatkan idea tentang minat mereka, di samping membantu mengecilkan skop demografi yang anda inginkan. Selain itu, kebanyakan platform media sosial mempunyai alat yang boleh membantu anda mendapatkan pemahaman dan persepsi tentang pegikut semasa, sekaligus menjadikan kerja anda lebih mudah.

Sebagai contoh, lihat je Twitter Analytics. Di situ, anda mampu mendapat tahu lebih lanjut tentang pengikut anda baik dari segi minat, jantina, lokasi dan banyak lagi. 

Langkah 3: Cipta dan Post Konten Yang Relevan

Sebagai influencer, matlamat akhir anda adalah untuk membuat orang mendengar dan memahami apa yang anda sampaikan. Apabila anda banyak berinteraksi dengan pengikut anda, mereka akan lebih cenderung dipengaruhi oleh cadangan dan pendapat yang diberikan. Menyiarkan kandungan yang berguna dan yang pengikut boleh kaitkan dengan hidup mereka.  

Fikirkan perkara yang mungkin disukai oleh sasaran penonton anda, dan buat strategi kandungan dengan menggabungkan pelbagai jenis kandungan yang akan menarik minat mereka. Sesetengah influencer akan memasukkan kehidupan peribadi mereka untuk berhubung dengan pengikut dengan lebih baik, tetapi ada yang memilih untuk memisahkannya – sama ada, mencari sesuatu yang sesuai dan berpegang kepada kepakaran semasa mencipta dan merancang kandungan konten anda.

Apa pun strategi kandungan anda, pastikan ia cukup luas untuk mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama atau brand di luar sana. Siaran tajaan anda sepatutnya dapat dimuatkan secara semula jadi atau natural bersama-sama dengan kandungan lain yang anda siarkan.

Kesimpulannya, strategi kandungan anda harus ditumpukan pada kepakaran anda, tetapi tidak terlalu sempit. Pastikan anda sentiasa berfikir dari perspektif jangka panjang, dan mula bersedia untuk menjadi influencer dari awal!

social media management - scheduling

 

Langkah 4: Terus Teguh & Konsisten

Sebaik saja anda yakin dengan isi konten anda, terus saja membuat jadual konten dan bila nak post di media sosial anda. Algoritma media sosial cenderung menunjuk akaun yang menyiarkan secara kerap, terutamanya Instagram. Lebih banyak anda post, lebih besar kemungkinan anda akan keluar di halaman utama.

Anda boleh buat keputusan untuk post konten sama ada setiap hari, mingguan atau pada kadar yang anda rasa paling selesa. Setelah itu, kena pertimbangkan juga platform mana yang anda nak post tu. Instagram ke Twitter ke Tiktok. Terserah kepada anda!

Contohnya, platform Twitter lebih dinamik, jadi memerlukan post yang konsisten bagi influencer yang nak cuba market di sana. Platform seperti Facebook, Instagram dan Youtube tidak memerlukan kekerapan yang tinggi, tapi sebaiknya merancang jadual yang konsisten dengan hari dan masa untuk menyiarkan di platform ini.

Credit: AJ MARKETING

Di Malaysia, Pemasaran atau Marketing influencer di Instagram dikenali sebagai salah satu strategi terbaik yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja disamping ianya adalah 3 platform teratas paling sesuai untuk digunakan. Potensi jangkauan iklan Instagram juga telah meningkat kepada kira-kira 15.55 juta orang.

Maksudnya apa?

Kebanyakan pemasar atau marketer meramal khalayak yang lebih besar dengan menyiarkan iklan di Instagram, sehingga dapat mencecah 47.2% daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. Oleh itu, Instagram telah menjadi platform penting untuk banyak perniagaan, kerana objektif teras mereka adalah untuk meningkatkan pendedahan dan identiti jenama.

Cuba cari masa terbaik untuk menyiarkan iklan, mesti anda juga ingin memaksimumkan penglibatan bakal pelanggan bukan? Jadi, buat dan sediakan strategi, jadualkan konten untuk disiarkan pada masa yang ditetapkan.

Berikut ialah beberapa Influencer Instagram dari Malaysia yang boleh anda lihat mengikut bidang kepakaran mereka! Semoga dapat memberi gambaran yang lebih baik siapa Influencer Instagram di Malaysia.

 

Influencer Dari Instagram

Pengikut: 8.7 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Gaya Hidup, Fesyen, Kecantikan, Pelancongan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

Pengikut: 8.8 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Gaya Hidup, Fesyen, Kecantikan, Muzik, Kerja Amal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Pengikut: 7.9 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Gaya Hidup, Komedi, Kecantikan, Kerja Amal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

 

Pengikut: 7.4 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Gaya Hidup, Fesyen, Kecantikan, Filem, Pelancongan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

 

Pastinya tak boleh lupakan influencer lain di luar sana:

  1. ADRIAN SEOW (Facebook)

Pengikut: 12 Ribu Pengikut

Bidang Kepakaran dalam: Hartanah, Marketing, Model

Influencer Dari Tiktok

Pengikut: 2.1 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Komedi, Hiburan, Filem

@miasaranasuha♬ original sound – .

Pengikut: 2 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Muzik, Hiburan, Tarian

@alvinchong123Hehehehe😌♬ Lenggang Puspita – Afgan

Pengikut: 4.2 Juta

Bidang Kepakaran dalam: Kesihatan, Komedi, Hiburan

 

@drbengeeRIP Bob♬ original sound – Parker Pannell


Bagi mewujudkan kesan domino kepada orang lain, influencer semakin dicari dan diidamkan oleh setiap industri di luar sana. Boleh dikatakan profesion influencer bak cendawan yang tumbuh selepas hujan pada hari ini. Ramai orang bercita-cita dan telah memulakan perjalanan sebagai influencer yang terkenal dan terbaik dalam bidang yang mereka pilih. Kami berharap panduan ini dapat membantu anda memulakan perjalanan anda untuk menjadi seorang influencer yang berjaya!


Anda juga boleh menjadi influencer dalam industri hartanah, sama seperti Adrian Seow! Sertai kami untuk menjadi sebahagian daripada ahli kami. Kami sedia membantu anda berkembang dan mencapai impian anda untuk menjadi seorang influencer!

Related posts

Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 14!

Nur Aiman

Khairy Jamaluddin: Pelitup Muka di Tempat Tertutup Tidak Lagi Diwajibkan Bermula 7 Sept

Sofiah

5 Influencer Yang Berpengaruh Di Malaysia

Sara