Pengesahan penarafan hutang Malaysia pada A3 oleh Moody’s membuktikan kepercayaan dan keyakinan terhadap pelaksanaan dasar kerajaan ketika ini untuk memulihkan ekonomi negara, demikian kata penganalisis.
Berdasarkan pengumuman dibuat Moody’s, ia menjangkakan prospek pertumbuhan jangka sederhana Malaysia kekal kukuh dan institusi pembuat dasar makroekonomi akan terus dipercayai dan berkesan, yang memberikan ketahanan profil kredit.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, berkata tindak balas dasar yang pantas oleh kerajaan membuatkan pelabur asing selesa di negara ini.
Beliau berkata, maklum balas dasar positif juga memberi keyakinan pelabur bahawa kerajaan ada ruang untuk bertindak.
Katanya, asas makroekonomi negara ini juga kekal utuh, meskipun berdepan cabaran dalam ekonomi domestik dan global.
Sumber: Berita Harian