Cuti 2022? Begini Cara Anda Merancang Cuti Panjang Anda

Cuti 2022

Kita sudah pun tiba di penghujung tahun 2021. Sudah tentu anda tidak sabar untuk melangkah ke tahun 2022 dengan azam serta semangat baru dan juga cuti yang baru. Percaya atau tidak tahun 2022 merupakan tahun yang terbaik buat anda merancang percutian anda dengan lebih sistematik. Oleh itu, kami telah senaraikan cuti-cuti umum yang terdapat di Malaysia pada tahun 2022 serta tarikh yang sesuai buat anda untuk memohon cuti tahunan anda. 

 

Januari

Januari 2022

Cuti tahunan pertama yang boleh dimohon ialah pada Isnin (17 Januari). Ini kerana pada Selasa (18 Januari) merupakan Hari Thaipusam. Ia memberikan anda ruang untuk mempunyai cuti hujung minggu yang lebih lama. Mungkin sesetengah daripada anda merasakan ianya terlalu awal untuk memohon cuti tahunan. Namun, usah risau banyak lagi cuti umum yang terdapat di Malaysia pada tahun 2022. Kami juga memberikan tips memilih hari yang sesuai buat anda merancang percutian anda menggunakan kuota cuti tahunan anda. 

 

Februari

Februari

Seterusnya, cuti umum yang paling dinanti-nantikan oleh semua iaitu Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ini merupakan perayaan yang disambut diseluruh Malaysia. Tahun Baru Cina tahun 2022 jatuh pada Selasa (1 Februari) dan Rabu (2 Februari). Oleh itu, anda boleh memohon cuti tahunan pada 31 Januari (Isnin). 

 

April

April

Pada bulan April, cuti umum Nuzul Al-Quran jatuh pada Isnin (18 April). Oleh itu, bagi menggunakan cuti tahunan 2022 anda sebaik mungkin, anda boleh memohon cuti tahunan pada Jumaat (15 April) bagi mendapatkan hujung minggu yang lebih panjang untuk anda ‘recharge’.

 

Mei 

Mei 2022

Mei merupakan bulan dimana anda boleh manfaatkan cuti tahunan anda! Anda boleh menggunakan tips ini bagi memohon cuti tersebut kerana anda berkemungkinan mendapat cuti yang panjang selama 1 minggu!

Baiklah seperti apa yang anda dapat lihat pada kalendar diatas Ahad (1 Mei) merupakan hari perkerja, namun cuti tersbut dibawa pada Isnin (2 Mei). Manakala, Hari Raya Aidilifitri tahun 2022 jatuh pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei). Jika anda mahukan cuti yang lebih panjang bagi meluangkan waktu bersama keluarga, anda boleh memohon cuti pada Khamis (5 Mei) dan juga Jumaat (6 Mei). 

Percaya atau tidak, anda sudah mempunyai cuti yang panjang selama seminggu! Tetapi sebelum itu, anda haruslah memastikan segala tugasan yang anda ada telahpun disiapkan sebelum cuti panjang tersebut.

 

Jun 

Jun

Isnin (6 Jun) merupakan Hari Keputeraan YDPA Malaysia yang ke-enam belas iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Oleh itu, bagi anda yang ingin memohon cuti bagi percutian anda, Jumaat (3 Jun) merupakan tarikh yang sesuai buat anda. 

 

Julai 

Julai

Pada Julai 2022, terdapat dua cuti umum iaitu Hari Raya Haji dan juga Awal Muharram. Jika anda ingin merancang percutian anda, kami mecadangkan untuk anda memohon cuti pada Jumaat (8 Julai). 

 

Ogos

Ogos

Pada bulan Ogos 2022 iaitu bulan kemerdekaan kita, kita mendapat cuti pada hari terakhir bulan tersebut iaitu Rabu (31 Ogos). Disebabkan iainya jatuh pada Rabu, anda boleh memohon cuti tahunan pada Khamis (1 September) dan juga Jumaat (2 September) bagi mendapat hujung minggu yang lebih panjang. 

 

September

September

Pada bulan September ini, Hari Malaysia jatuh pada hari Jumaat (16 September). Oleh itu, hari yang sesuai buat anda manfaatkan cuti tahunan 2022 anda ialah pada Isnin (19 September)! Tunggu apa lagi, ini merupakan masa yang tepat buat anda berehat dan juga menyambut Hari Malaysia dengan lebih lama lagi. 

 

Oktober

Oktober

Pada bulan Oktober, Maulidur Rasul jatuh pada hari Ahad (9 Oktober) manakala cuti Maulidur Rasul pada Isnin (10 Oktober). Oleh itu, bagi merancang rehat yang panjang pada bulan Oktober 2022, anda boleh memohon cuti tahunan anda pada Jumaat (7 Oktober) dan Jumaat (21 Oktober). 

 

Disember

Disember 2022

Hari yang paling dinanti-nantikan apabila tiba bulan Disember sudah tentu Hari Krismas! Hari Krismas pada tahun 2022 jatuh pada hari Ahad (25 Disember) dan cuti tersebut dibawa pada Isnin (26 Disember). Oleh itu, untuk mendapatkan cuti Krismas yang lebih panjang, anda bolehlah memohon cuti pada Jumaat (23 Disember). Ini memberikan anda ruang untuk meluangkan masa yang lebih lama bersama keluarga anda. 

 


Adakah anda sedang mencari kerjaya yang membolehkan anda mengatur masa anda sendiri? Anda tiba ditempat yang betul! Kerjaya sebagai seorang Pembantu Ejen Harta Tanah di IQI merupakan pilihan yang tepat buat anda. 

Isi borang dibawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera. 

Related posts

OPR meningkat, pasaran hartanah tidak terjejas – JUWAI IQI

syakirah

JUWAI IQI: Pelaburan Hartanah Bakal Meningkat 40%, Pembukaan Sempadan Malaysia-Singapura Faktor Utama

syakirah

5 Cara Pelaburan Hartanah Yang Anda Perlu Tahu!

syakirah