Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

ruang kerja bersama

Trend sekarang, syarikat lebih fleksibel.

Awalnya kerana mahu kurangkan kontak fizikal. Tetapi pada zaman teknologi ini, memang sudah banyak syarikat yang tukar cara kerja staf kepada dalam talian. Maka, bekerja dari rumah menjadi norma dengan pantas. Staf dah boleh pilih nak bekerja dari rumah, kafe atau di mana-mana sahaja yang mereka selesa. Tetapi, bagaimana pula untuk staf yang lebih selesa bekerja di pejabat?

Kadang-kadang bukan apa, rumah tak berkemas, takpun anak-anak kacau dekat rumah, susah nak fokus! Jadi, kalau bekerja di tempat selain rumah, mereka lebih bermotivasi dan kreatif. Kurang stres! Itu yang paling penting. Kalau terperap saja di rumah, boleh stres tau.

Syarikat anda sedang mencari ruang kerja bersama di Kuala Lumpur? Atau anda sendiri yang mahukan privasi untuk selesa bekerja?

Macam mana nak tahu tempat yang paling sesuai untuk anda/syarikat? Tengok dulu 7 aspek ini!

  1. Kos
  2. Reka Bentuk & Susun Atur
  3. Lokasi & Kemudahan
  4. Kelengkapan Asas
  5. Keselamatan & Fasiliti Tambahan
  6. Suasana
  7. Komuniti

1. Kos

Sekarang dah banyak ruang kerja bersama yang ada di Malaysia, lagi-lagi di kawasan bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Sebab dah banyak syarikat dan hotel yang nampak peluang ini!

Kalau syarikat yang baru nak bermula, mesti perkara pertama nak kurangkan kos, betul tak? Supaya mereka boleh letakkan kos yang lebih terhadap pengurusan dan operasi yang lebih efisien. Mereka pun tak perlukan ruang pejabat yang besar.

Waktu pandemik juga, sektor pelancongan banyak terjejas. Jadi, hotel-hotel telah mengambil inisiatif untuk menyewakan ruang mereka. Kita boleh pilih bilik atau kafe hotel. Ikut kemampuan masing-masing ya!

Jadi, bergantung kepada syarikat tersebut dan kita jugalah. Kena pandai bandingkan harga pakej kalau nak jimat! Kemudian, ambil kira juga perkara-perkara ini:

  • Kemudahan yang ditawarkan sesuai dengan harga?
  • Ada promosi?
  • Jangan lupa semak terma dan syarat!

Kalau nak senang, anda cari talian khidmat pelanggan mereka dan tanya pakej yang mana yang paling sesuai untuk bajet anda/syarikat.

2. Reka Bentuk & Susun Atur

Reka bentuk dan susun atur yang estetik, bersih dan teratur juga penting! Kita lebih mudah mendapatkan idea jika berada dalam bilik yang tersusun. Duduk lama-lama pun masih tenang. Pastikan tempat tersebut tak sempit ya. Senang anda nak bergerak ke ruang lain tanpa menganggu orang lain.

Lagi-lagi kalau anda nak privasi, susun atur memainkan peranan yang sangat penting. Bayangkan jika anda nak buat panggilan telefon atau guna Zoom, bukan anda saja tak selesa, orang lain pun terganggu. Jadi, penting untuk anda pilih tempat yang sediakan bilik mesyuarat atau booth untuk anda buat panggilan.

3. Lokasi dan Kemudahan

kemudahan

Nak jimat lagi? Cari tempat yang dekat dengan lokasi anda! Kalau jauh-jauh, belum sampai ke pejabat ‘baharu’, kita dah penat. Masa amat berharga ya!

Di Kuala Lumpur, ruang kerja bersama selalunya ada di pusat membeli-belah. Jadi, dekat dengan restoran, bank, pasar raya dan lain-lain. Kalau anda nak beli makanan, tak perlu nak pergi jauh-jauh. Boleh jimat kos pengangkutan dekat situ. Lagi pula, anda boleh adakan perjumpaan dengan klien di sana. Oh ya, jangan lupa tempat letak kereta. Tak perlu pening-pening cari tempat lain. Jadi, carilah lokasi yang akan memudahkan anda untuk membuat urusan lain.

4. Kelengkapan Asas

kelengkapan asas

Walaupun anda tidak bekerja dari pejabat, anda masih perlukan kelengkapan asas untuk bekerja. Pen, mesin fotostat, meja… Internet yang pantas! Ha! Barulah lancar nak buat kerja.

Ruang kerja bersama yang paling bagus sudah tentulah yang lengkap dengan peralatan asas seperti di pejabat biasa. Kerusi berlengan, meja yang luas, papan putih dan bilik mesyuarat yang mencukupi, dan mesin kopi yang sentiasa tersedia pasti menambah keselesaan kita sekiranya kita perlu berada di sana untuk tempoh masa yang lama.

5. Keselamatan & Fasiliti Tambahan

Jaringan internet sudah disediakan, tapi bagaimana pula dengan keselamatan data? Ramai yang terlepas pandang perkara ini, tapi anda WAJIB tanya dahulu apakah prosedur mereka untuk mengelakkan pencerobohan data dan pastikan mereka mempunyai perisian anti-penggodaman. Itulah keselamatan dalam talian yang perlu dijaga.

Bagi keselamatan luar talian pula, bagaimana dengan tahap keselamatan barang-barang anda seperti laptop dan sebagainya? Bolehkan orang lain memasuki ruang khas anda sesuka hati? Apakah tahap keselamatannya? Adakah terdapat kamera pengawasan di kawasan itu?

Selepas penat bekerja, bermesyuarat, adakah tempat untuk bersantai? Bolehlah lepaskan stres dengan bermain pingpong ke, dart, atau jangan terkejut… kolam renang pun kadang-kadang disediakan tau!

6. Suasana

Biasanya kalau kita perhatikan orang lain bekerja, kadang-kadang kita pun turut bersemangat, betul tak? Produktiviti kita turut meningkat. Jadi, suasana dan persekitaran di sekeliling kita memainkan peranan penting. Biasa nampak ramai orang buat kerja di Starbucks dan di kafe, kan? Sebab suasana dengan alunan muzik Jazz di sana sangat menyenangkan..

Apa pendapat anda kalau pejabat anda bercirikan kafe seperti Starbucks? Barulah semangat sikit nak pergi kerja!

7. Komuniti

Masa inilah jugalah kita boleh tambah jaringan rakan profesional kita, alang-alang dah sebelah-sebelah je pejabat tu, betul tak? Kalau ada perkara baharu kita nak belajar, pergi je cari mereka. Dapatkan kemahiran profesional daripada mereka yang bekerja dalam industri lain. Dapatkan idea baharu dari sudut pandangan lain.

Tapi, anda juga kena bijaklah. Berkawan? Tiada masalah! Jangan pula minta idea dari pesaing anda!


Inilah konsep ruang kerja bersama, iaitu ruang pejabat kongsi antara syarikat, karyawan bebas dan syarikat permulaan. Ruang yang nampak mahal, tapi sebenarnya lebih jimat berbanding pejabat tradisional!

Ruang kerja bersama meningkatkan tanggungjawab profesional dan memberi kita privasi ketika membuat kerja di tempat selain pejabat dan rumah. Lengkap dengan kemudahan dan fasiliti, suasana dan komunitinya menggalakkan seseorang untuk bekerja. Inilah keunikannya!


IQI Global menyediakan ruang kerja bersama untuk para perunding dan ejen hartanah kami! Jangan lepaskan peluang ini untuk bekerja secara fleksibel dan mendapatkan pulangan komisen yang tinggi dengan IQI!

Jom sertai kami dengan mengisikan borang di bawah ini!


 

Related posts

Cara Guna KWSP Online Untuk Beli Rumah Tahun 2022

Sara

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Pembelian Asing Hartanah Pulih Menjelang Akhir 2023 – JUWAI IQI

syakirah