Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 14!

iPhone 14

 cover image source: Apple

Version: CN & EN


iPhone 14 akhirnya telah keluar! Perusahaan Apple telah mengadakan persidangan pelancaran dalam talian rasmi Apple bersiaran pada 8 September MYT (waktu Malaysia), 1:00 pagi. Acara Apple ini secara rasminya bertujuan bagi melancarkan iPhone terbaru itu kepada umum, bersama dengan pelancaran produk baharunya yang lain.

Ada banyak spekulasi mengenai ciri baharu yang diperkenalkan dalam iPhone 14 yang heboh di Internet. Sekaligus telah menjadi perbualan hangat oleh pengguna Apple di seluruh media sosial. Kini, sudah tiba masanya bagi menghapuskan semua khabar angin tersebut dengan ciri rasmi yang telah diumumkan oleh Apple sendiri.

Inilah semua yang anda perlu tahu tentang iPhone 14!

  1. 4 model baharu berharga dari RM4,199
  2. Warna baharu yang menawan
  3. Notch yang direka bentuk semula
  4. Ciri SOS Kecemasan baharu
  5. Sistem kamera yang lebih berkuasa

1. 4 Model baharu dari harga RM4,199

iPhone 14

Kredit foto: Apple

iPhone baharu didatangkan dalam 4 model berbeza:

  • iPhone 14: Cip A15 Bionic, paparan 6.1 inci
  • iPhone 14 Plus: Cip A15 Bionic, paparan 6.7 inci
  • iPhone 14 Pro: Cip A16 Bionic, paparan 6.1 inci
  • iPhone 14 Pro Max: Cip A16 Bionic, paparan 6.7 inci

Apple mungkin dah mengenalpasti yang iPhone bersaiz lebih kecil seperti iPhone Mini nampaknya tak begitu menjadi pilihan pelanggan. Oleh itu, mereka telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan mini iPhone 5.4-inci dan lebih fokuskan pada saiz iPhone yang lebih besar bagi melangkah lebih jauh. 

Jangka hayat bateri iPhone yang terbaru ini lebih tahan lama dan berkuasa, dengan kapasiti sehingga 7 jam lebih tinggi daripada iPhone 13!

Berikut adalah harga iPhone 14 baharu menurut laman web rasmi Apple:

iPhone 14 128GB:RM4,199

256GB:RM4,699

512GB:RM5,699

iPhone 14 Plus 128GB:RM4,699

256GB:RM5,199

512GB:RM6,199

iPhone 14 Pro  128GB:RM5,299

256GB:RM5,799

512GB:RM6,799

1TB:RM7,799

iPhone 14 Pro Max  128GB:RM5,799

256GB:RM6,299

512GB:RM7,299

1TB:RM8,299

 

2. Warna baharu yang menawan

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus hadir dalam 5 warna: Biru, Merah (juga dikenali sebagai (Produk MERAH), dan warna baharu yang menawan iaitu Ungu, Hitam (Midnight) dan Putih (Starlight)!

warna iPhone 14 dan iPhone 14 Plus

Kredit foto: Apple

Bukan itu sahaja, Apple telah memperkenalkan warna baharu kepada iPhone 14 Pro dan Pro Max: Ungu Gelap (Deep Purple). iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max turut hadir dalam 3 warna lain, iaitu Emas (Gold), Perak (Silver) dan Hitam Angkasa (Space Black). 

warna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max

Kredit foto: Apple

 

3. Notch yang direka bentuk semula

Khabar angin itu benar – Apple telah memperkenalkan Notch yang direka bentuk semula untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, dipanggil Pulau Dinamik (Dynamic Island), dengan ciri yang lebih mantap yang mengubah permainan untuk iPhone baharu sepenuhnya.

Notch iPhone 14

Kredit foto: Apple

Pulau Dinamik ialah bahagian terpenting bagi pengguna iPhone. Ia adalah Notch berbentuk pil yang fleksibel berfungsi sebagai pemberitahuan dan memberi anda maklumat tanpa mengalihkan perhatian anda daripada aplikasi yang sedang anda gunakan. Ia bukan sahaja berguna, tetapi ia bermain di skrin, di mana anda menerima maklumat dalam gaya yang lebih menyeronokkan!

Notch iPhone 14 (Dynamic Island)

Kredit foto: Apple

Kamera hadapan juga hanya sedikit ruang pada paparan skrin, memberikan anda lebih banyak ruang dan fungsi semasa anda menggunakan iPhone baharu anda. Seperti yang dikatakan oleh Apple, ia adalah perubahan terbesar pada wajah iPhone.

Pulau Dinamik hanya terhad kepada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

 

4. Ciri SOS Kecemasan baharu

iphone 14 SOS Kecemasan

Kredit foto: Apple

Siri iPhone 14 dan 14 Pro baharu menggunakan sambungan satelit apabila anda berada di luar rangkaian Wi-Fi atau selular untuk menghantar mesej kecemasan. Ciri in turut memampatkan mesej untuk mempercepatkan komunikasi. iPhone juga boleh mengesan lokasi anda menggunakan sambungan satelit melalui aplikasi Find My, walaupun tanpa sambungan Wi-Fi atau selular.

Ia juga boleh mengesan kemalangan kereta jika berlaku kelajuan secara mengejut, perubahan tekanan kabin dan banyak lagi, yang akan mencetuskan SOS Kecemasan untuk memanggil perkhidmatan kecemasan dan memberitahu kenalan kecemasan apabila tiada respons.

 

5. Sistem kamera yang berkuasa

Sekali lagi, Apple telah mengeluarkan sistem kamera yang lebih berkuasa untuk iPhone 14 baharu.

Kamera iPhone 14

Kredit foto: Apple

iPhone 14 dan iPhone 14 Plus hadir dengan sistem dual-camera yang mempunyai kamera utama 12MP dan kamera lebar 12MP, dengan zoom out optik 2x dan zoom digital sehingga 5x. Anda boleh mengambil gambar yang lebih terang dalam cahaya malap, dengan pemprosesan imej yang dipertingkatkan!

Bukan itu sahaja: iPhone Pro dan iPhone 14 Pro Max dilengkapi dengan kamera utama 48MP, kamera lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP, dengan 4 jenis keupayaan zoom, dengan jarak zoom optik 6x dan zoom digital sehingga 15x. iPhone 14 Pro dan Pro Max membolehkan anda mengambil gambar yang lebih baik ketika kurang cahaya, dan resolution 4x lebih baik dengan teknologi ProRAW mereka!

Adakah anda merancang untuk mendapatkan iPhone 14 baharu?


IQI menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan perkhidmatan hartanah dan kecekapan ejen hartanahnya, di samping menyediakan kursus latihan dalam talian 24/7 bagi memastikan mereka mengikuti aliran pasaran hartanah!

IQI semakin berkembang! Berminat dengan kerjaya dalam hartanah, dan ingin menyertai ruang untuk pertumbuhan dan pembelajaran? Sertai kami hari ini dengan mengisi butiran anda di bawah!

Related posts

5 Lagu Tema FIFA Terbaik yang Akan Membuat Anda Teruja untuk Piala Dunia 2022!

Sofiah

5 Jenis Pakaian Tradisional Melayu Untuk Majlis Pernikahan

Sara

5 Pekerjaan Gaji Tertinggi yang Tidak Memerlukan Ijazah & Membayar Lebih Daripada Rm 80k/tahun.

Sofiah