Berapa kos yang anda perlukan untuk mengubah suai rumah anda di Malaysia?

Kebanyakan orang berpendapat bahawa proses membeli rumah amat rumit, tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Kami berpendapat bahawa sebenarnya ia lebih rumit selepas anda membelinya – iaitu apabila anda mula mengubah suai.

Anda menginginkan kediaman anda kelihatan lebih sempurna, dengan mengubah suainya seakan-akan gaya rumah Jepun yang “ringkas”, gaya Industri, atau mungkin gaya teras pondok yang hangat, lembut dan comel? Atau mungkin anda menginginkan hasil dari gabungan beberapa gaya?

Tetapi hari ini, kita akan fokus kepada sesuatu yang lebih praktikal! Kami akan membawa anda untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara semua jenis pengubahsuaian yang mungkin anda perlukan untuk mentransformasikan kediaman anda berserta anggaran modal wang yang perlu disediakan.

Jom!

 

Mengubah suai Siling

Ramai orang terlupa tentang siling apabila mereka melakukan pengubahsuaian.

Memilih bahan yang betul dan reka bentuk yang sesuai untuk siling sebenarnya dapat menambah banyak nilai pada keseluruhan ruang. Salah satunya, ia akan kelihatan lebih luas dari segi visual dan mewujudkan suasana yang berbeza pada ruangan.

Dari segi pemilihan siling dan dari segi harga pula, yang paling biasa digunakan adalah siling Plaster, kerana ianya bersesuaian buat pemilik rumah tanpa bajet yang tinggi.

Manakala, lampu moden seperti siling palung cahaya yang menjadi trend kebelakangan ini, amat bersesuaian buat pemilik rumah yang mengimpikan gaya yang ringkas dan selesa.

renovasi rumah

Jika anda ingin sesuatu yang kelihatan lebih bergaya dan unik, siling Tirai Pelmet adalah padanan yang sesuai untuk anda.

Bahan Anggaran Harga
Siling Plaster RM 3.50/sqft – RM 5.50/sqft
Lampu Siling RM 15/sqft – RM 25/sqft
Siling Tirai Pelmet RM 15/sqft – RM 25/sqft

 

Mengubah suai Lantai

Selepas melihat siling, perkara kedua terpenting di seluruh ruang ialah lantai!

Dari aspek pemilihan lantai pula, terdapat banyak pilihan gaya yang dapat anda pilih iaitu dari segi bahan dan corak. Namun, ianya juga bergantung kepada pilihan dan cita rasa pemilik itu sendiri.

Secara umumnya, lantai vinil dan lantai berlamina adalah pilihan yang lebih biasa dipilih:

  • Lantai vinil adalah kalis air dan tahan lama, ianya lebih sesuai untuk pemilik rumah yang ingin menjaga dan mengekalkan ruangan mereka dalam jangka masa yang panjang.
  • Untuk mengikuti trend semula jadi dan atmosfera, lantai kayu biasanya menjadi pilihan utama pemilik rumah tertentu.
  • Jenis lantai yang lebih sering digunakan untuk ruangan komersial, seperti persekitaran pejabat, ialah Permaidani.

ruang pejabat

Bahan Anggaran Harga
Lantai Vinyl RM 4.50/sqft – RM 12/sqft
Lantai Laminate RM 10/sqft – RM 14/sqft
Kayu Parket RM 15/sqft – RM 30/sqft
Permaidani RM 4.50/sqft – RM 15/sqft

 

Mengubah suai Dinding

Selepas meneliti lebih lajut tentang langit dan tanah, mari kita pergi kepada dinding pula!

Selain cat biasa, anda juga boleh menambah beberapa dinding hiasan mengikut gaya yang anda gemari.

Sebagai contoh, ruang tamu di bawah, dinding di belakang TV dihiasi dengan dinding hiasan. Ia menambah elemen bergaya dan minimalis dalam transformasi kediaman anda secara menyeluruh. Membentuk kedalaman medan visual, membahagikan ruang secara visual dan kelihatan lebih teratur.

dinding hiasan ruang tamu

Jenis Anggaran Harga
Cat RM 40/sqft
Papan Gypsum RM 10/sqft – RM 14/sqft

 

Mengubah suai peralatan berkaitan elektrik

Keutamaan seterusnya ialah peralatan berkaitan elektrik.

Ini penting kerana jika tidak dikendalikan dengan betul semasa berpindah, ia boleh memeningkan kepala!

Secara amnya aspek yang termasuk dalam jenis peralatan elektrik ialah seperti lampu, titik kuasa, talian telefon, titik simpang kipas dan bahagian lainnya. Ianya juga penting untuk mengambil tahu tentang harga pasaran, sama ada harga pasaran tersebut sudah termasuk kos bahan, buruh, kos tambahan, dll.

 

ruangan dapur yang minimalis

Bagi ruangan dengan penggunaan elektrik yang tinggi, seperti dapur, anda perlu memastikan anda telah membuat pengaturan untuk saluran keluar dan elektrik terlebih dahulu.

Jenis Anggaran Harga
Titik Pencahayaan RM 80/no. – RM 95/no.
Titik Kuasa RM 90/no. – RM 130/no.
Talian Telefon RM 140/no. – RM 160/no.
Titik Simpang Kipas RM 60/no. – RM 90/no.

 

Mengubah suai peralatan berkaitan air

Selepas elektrik, jangan dilupakan juga peralatan berkaitan air!

Peralatan air digunakan untuk mandi, membasuh pinggan, dan mencuci. Oleh itu, anda harus memastikan sama ada aliran air berada di saluran yang betul dan peralatan paip di kawasan air juga adalah lengkap untuk kehidupan yang lebih selesa.

Anda juga perlu mengambil tahu tentang harga pasaran, seperti sama ada harga tersebut sudah termasuk kos bahan, buruh, kos tambahan, dll.

ubahsuai tandas

Jenis Anggaran Harga
Sinki Dapur RM 350
Besen Tandas RM 250
Pemanas Air (instant) RM 200

(ceiling) RM 450
WC RM 350
Paip Air RM 150 – RM 250

 

Mengubah suai Ruang Storan

Sama ada ruang domestik atau ruang komersial, lebih banyak ruang, adalah lebih baik. Percayalah…

Kadangkala, apabila anda tinggal di sebuah kediaman untuk jangka masa yang lama, barangan anda seperti perabot, mesin, alat pertukangan dan lain-lain akan semakin bertambah dan mulai bertimbun. Dengan itu, mempunyai ruang simpanan yang besar dan lebih luas dapat membantu anda untuk membentuk rumah yang lebih kemas dan teratur!

ruang stor yang kemas

Mari kita lihat beberapa kabinet ~

Untuk kabinet, pasaran secara amnya akan memberikan harga bajet yang berbeza mengikut fungsinya.

Jenis Anggaran Harga
Konsol TV RM 200/fr – RM 350/fr
Rak Kasut RM 300/fr – RM 550/fr
Kabinet Dapur (dinding & tapak) RM 150/fr – RM 350/fr
Almari Pakaian RM 350/fr – RM 550/fr

 

Harga Keseluruhan Pengubahsuaian

Jika anda seperti saya, anda mungkin akan berasa pening dengan semua nombor ini. 

Jadi, inilah belanjawan kasar secara langsung berdasarkan jenis hartanah untuk rujukan anda!

Jenis Hartanah Anggaran Minimum Belanjawan
Bangunan Tinggi, seperti “Kondo” RM 70k – RM 80k keatas
Rumah Teres RM 100k keatas
Rumah Berkembar Berasingan (Semi-D) RM 100k keatas
Rumah Berkembar RM 200k keatas

*Sila ambil perhatian bahawa harga pengubahsuaian yang sebenarnya, akan berbeza mengikut keperluan pemilik dan juga bahan yang digunakan.

Sebagai alternatif, cara yang paling mudah ialah dengan melantik syarikat pengubahsuaian yang boleh dipercayai dan berpengalaman untuk memberikan anda reka bentuk, nasihat dari segi reka gaya yang anda inginkan, pemilihan bahan yang bersesuaian, susunan pemasangan, kos tambahan, dan semuanya sekaligus.

Dengan cara ini, anda tidak perlu risau sama sekali.

Jika anda sedang mencari syarikat reka bentuk dan reka bentuk sehenti, IQI Concept adalah pilihan yang tepat!

  • Perkhidmatan sehenti
  • Pengkonsepan 3D
  • Merangka
  • Pembinaan dan sambungan
  • Kerja am atau penyesuaian

Bahagian yang terbaik ialah projek pengubahsuaian yang ditauliahkan diuruskan dan disusuli sendiri oleh pasukan khusus untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pemilik rumah.

P.S. Untuk memberikan bahan yang bersesuaian dengan kualiti yang terbaik kepada pemilik rumah, mereka telah menyediakan bilik sampel dengan lebih kurang 100 jenis bahan di HQ mereka. Hal ini supaya pereka dan pekerja dapat datang sendiri pada bila-bila masa untuk melihat, menyentuh dan memeriksa bahan-bahan yang tersedia. Dan secara tidak langsung mereka dapat memilih sendiri material dan bahan yang sempurna, bersesuaian dengan kehendak dan cita rasa pemilik rumah.


Adakah anda sedang mencari rumah? Tapi tidak tahu kediaman seperti apa yang anda inginkan dan menepati cita rasa anda? Jangan bimbang, kami boleh bantu anda dalam mencari kediaman yang sesuai untuk anda. Isikan butiran di bawah dan dapatkan nasihat kami dengan segera!

Related posts

ASNB: Potensi Pelaburan dan Amanah Saham Nasional Berhad

nurhanis@iqiglobal.com

Cara Semak Keputusan SPM 2022 Secara Online

Haziq

Ejen Hartanah: 7 Cara Nak Tentukan Ejen Hartanah Berdaftar Atau Palsu!

serene@iqiglobal.com