6 Jenis Rumah di Australia Serta Perbezaan Mereka

Jenis rumah Australia

Know more about Australian housing types in the English version of this article.
在中文版文章中进一步了解澳洲房产类型的内容。


 

Kos perumahan di Australia boleh menjadi sangat tinggi, lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis rumah yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda. Terdapat 6 jenis rumah yang utama di Australia, antaranya ialah; rumah persendirian, rumah teres, rumah semi-D, dupleks, townhouse dan juga pangsapuri.

 

1. Rumah Persendirian 

2. Rumah Teres 

3. Rumah Semi-D 

4. Dupleks 

5. Townhouse 

6. Pangsapuri 

 

1. Rumah Persendirian

Rumah persendirian

Jenis rumah persendirian mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan rumah banglo. Bagi mereka yang memiliki tanah persendirian, mereka boleh membina jenis rumah yang mereka inginkan.

Tetapi, rumah tersebut haruslah tidak melanggar apa-apa peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Australia. Keluasan tanah kebiasaannya mengikut jarak dan juga lokasi.

Manakala, harga tanah pula bergantung kepada lokasi. Semakin jauh lokasi tanah tersebut daripada bandar semakin murah harga tanah tersebut. Rumah persendirian boleh dirobohkan dan diubah-suai serta dibesarkan dengan syarat iainya menetapi peraturan yang telah ditetapkan. 

 

2. Rumah Teres

Jenis Teres

Ramai yang tertanya macam mana rupa rumah teres di Australia ini? Tahukah anda reka bentuk rumah teres di Australia adalah sama sahaja seperti reka bentuk rumah-rumah teres di negara lain. Ianya merupakan satu kumpulan rumah yang dibina dengan reka bentuk dan gaya yang sama. 

Menurut sejarah, jenis binaan teres ini diperkenalkan di Australia pada abad ke-19. Jenis kediaman ini dibina diatas dasar mengikut gaya seni bina rumah mewah yang terdapat di London dan juga Paris pada ketika itu. Rumah teres ini terdapat banyak di bandar-bandar utama seperti Sydney dan Melbourne kerana permintaan yang tinggi daripada penduduk disitu.  

Terdapat banyak juga rumah teres lama yang diubah suai bagi mengikut ‘trend’ semasa. Kebanyakkan rumah ini diubah suai bagi menambah jumlah bilik serta membesarkan ruang. 

 

3. Rumah Semi-D

Semi-D Australia

Rumah semi-d merupakan rumah yang berkongsi dinding yang sama ditengah-tengah atau lebih tepat dikenali sebagai rumah berkembar.

Selain itu, ia memberi anda lebih banyak privasi berbanding pangsapuri dan townhouse. Selain itu, kos penyelenggaraan bagi rumah semi-D di Australia juga lebih rendah berbanding rumah banglo. Harga rumah semi-D lebih tinggi di kawasan bandar utama Australia kerana tanah yang terhad dan permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan. 

 

4. Dupleks

Jenis Dupleks

Rumah dupleks merupakan dua unit dengan dua tingkat bersebelahan yang dipisahkan oleh satu dinding yang sama. Selain itu, antara ciri yang paling penting ialah, ia mempunyai dua pintu masuk yang berasingan. Rumah dupleks biasanya memerlukan polisi insurans yang boleh memberi perlindungan kepada kedua-dua buah unit. 

Oleh kerana rumah dupleks ini memerlukan kawasan tanah yang kurang bagi pembinaannya. Lebih ramai pelabur di Australia yang berminat untuk melabur dalam rumah jenis dupleks ini kerana harga sewa yang dikenakan bersamaan dengan dua biji rumah biasa tetapi kos tanah yang lebih jimat.

Selain daripada itu, para pelabur juga akan selalu hanya menyewakan satu unit dan satu unit lagi bagi penggunaan peribadi. Jika anda ingin membuat sedikit perubahan pada laman anda, ianya amat mudah kerana anda hanya perlu berbincang dengan satu jiran sahaja. Namun, plan tersebut memerlukan kebenaran daripada pejabat majlis tempatan (local council)

 

5. Townhouse

jenis rumah di Australia

Townhouse di Australia merupakan sejenis rumah teres yang mempunyai ruang hadapan yang lebih kecil dan mempunyai beberapa tingkat. Kediaman ini terdapat banyak di pinggir-pinggir bandar utama. Jenis townhouse ini merupakan kediaman yang lebih mampu milik di Australia berbanding pangsapuri.  

Kebiasaanya kediaman jenis ini datang dengan 2 atau 3 tingkat dimana setiap tingkat menyediakan fungsi yang berbeza. Sebagai contoh, satu tingkat merupakan ruang makan, satu tingkat merupakan bilik tidur dan seterusnya. Pemilikan kediaman ini selalunya dibawah hak milik strata.

Selalunya anda akan membayar yuran tahunan kepada satu badan yang menjaga kawasan sepunya seperti koridor awam, struktur bangunan dan lain-lain. Bagi keluarga kecil yang mahu beralih dari pangsapuri ke rumah ‘landed’ yang mampu milik, townhouse merupakan pilihan yang terbaik. 

 

6. Pangsapuri

jenis rumah di Australia

Pangsapuri terdapat banyak di bandar-bandar utama Australia dimana tanah sangat terhad bagi penduduk-penduduk disitu. Terdapat banyak jenis rangkaian pangsapuri, antaranya ialah studio yang mempunyai satu bilik mahupun empat ke lima bilik. 

Rumah jenis pangsapuri ini merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli sebuah rumah ‘landed’ yang berkos lagi mahal. Pangsapuri selalunya mempunyai kawalan keselamatan yang baik serta kemudahan seperti gimnasium dan kolam renang. Selain itu, ia juga tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi jika dibandingkan dengan sebiji rumah ‘landed’

 


Jika anda berminat untuk melabur di Australia, boleh rujuk link ini bagi maklumat lanjut. Atau anda juga boleh tinggalkan maklumat anda dibawah dan kami akan hubungi anda!

Related posts

OPR meningkat, pasaran hartanah tidak terjejas – JUWAI IQI

syakirah

JUWAI IQI: Pelaburan Hartanah Bakal Meningkat 40%, Pembukaan Sempadan Malaysia-Singapura Faktor Utama

syakirah

5 Cara Pelaburan Hartanah Yang Anda Perlu Tahu!

syakirah