11 MIN READApa Itu B40, M40 dan T20? Maklumat Terkini Tentang Golongan B50

Know more about B40/M40/T20 in the English version of this article.
在中文版文章中进一步了解 B40/M40/T20 的内容。


[Kemaskini 15 Oct 2021]

Golongan Pendapatan Perumahan di Malaysia: B40,M40, T20?

B40, M40 dan T20 merupakan takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Department of Statistics atau Jabatan Perangkaan Malaysia telah bertanggungjawab untuk jalankan satu kajian atau survei terhadap julat pendapatan rakyat Malaysia.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kerajaan dapat mengenalpasti julat pendapatan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

    • B40 (Bottom 40%)

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% rendah dengan pendapatan bawah RM4,849 sebulan serta isi rumah miskin yang pendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan.

    • M40 (Middle 40%)

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan di antara RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.

    • T20 (Top 20%)

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi sebanyak RM10,959 ke atas dan merupakan penggerak ekonomi dan majikan golongan B40 dan M40.

Golongan Pendapatan Perumahan di Malaysia : Apa itu Golongan B50 ?

Golongan B50 dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah bawah lima puluh peratus. 

Pada masa ini, masih belum ada berita rasmi mengenai rentang pendapatan untuk menentukan kumpulan B50, tetapi sebagai tambahan di bawah skema URUS di bawah.

CATEGORY  INCOME GROUP (PRE-COVID 19)  INCOME GROUP (POST-COVID 19)* 
1 B40 B50
2 M40 M30
3 T20 T20

* pada 15 Okt 2021

B50 : Skim Pengurusan Kewangan (Urus)

Secara ringkasnya, Skim Pengurusan Kewangan Urus bertujuan untuk membantu kumpulan B50 Malaysia. Laporan Bernama menyatakan bahawa skema baru ini terdiri daripada pengecualian cukai hingga tiga bulan, ansuran yang lebih kecil hingga 24 bulan dan suku bunga yang lebih rendah.

Inisiatif bantuan kewangan komprehensif ini juga akan disasarkan kepada kumpulan B40 dan B50 di Malaysia yang pendapatannya berada di bawah RM5,880. Skim Urus Kewangan Urus pada mulanya dikembangkan oleh industri perbankan, bersama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Pengurusan Kaunseling dan Kredit (AKPK).


Senarai Bantuan Kerajaan 2021

Selain URUS, ada juga beberapa pakej yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sebelumnya seperti yang disenaraikan di bawah.

1.PEMULIH

Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin, kerajaan akan menumpukan bantuan kepada rakyat melalui PEMULIH atau Pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi.

Kepada rakyat, terdapat dua fokus yang akan bantu meringankan beban mereka sewaktu saat sukar ini.

1. Meneruskan agenda prihatin rakyat

Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Bantuan Tunai langsung ini merangkumi:

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR):
    RM500 pada bulan Julai, bermula 29 Jun. Manakala RM100 – RM1,400 akan diagihkan pada bulan September.
  • Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
    • Miskin tegar:
      • Isi rumah bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
      • Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
    • B40:
      • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember.
      • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
    • M40:
      • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 pada bulan Ogos
      • Bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos
  • Bantuan Kehilangan Pendapatan
    • Pada bulan Oktober, sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Selain itu, Program Bakul Makanan akan dilaksanakan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing. Antara bantuan yang akan diterima;

  • RM300,000 untuk ahli parlimen untuk membantu kawasan mereka
  • RM10 juta untuk masyarakat orang asli
  • RM15 juta untuk NGO membantu Kerajaan menangani isuisu sosial seperti kesihatan mental, gelandangan, dan masalah sosial lain di peringkat komuniti
  • Serta diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

2. Menyokong perniagaan

Kebanyakan premis perniagaan masih tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh itu, Kerajaan akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan demi menjamin kelangsungan perniagaan dalam keduadua fasafasa ini.

  • Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0)
    • Penerima yang layak akan menerima sebanyak RM500 pada bulan September dan RM500 lagi pada bulan November 2021. Pendaftaran pada pertengahan Julai melalui https://gkp.hasil.gov.my/.
  • Program Subsidi Upah (PSU 4.0)
    • Untuk membantu 500 pekerja oleh semua majikan. Majikan boleh memohon bantuan untuk pekerja dan tanpa had gaji RM600 setiap pekerja sepanjang 4 bulan.
  • i-Citra
    • Pengeluaran KWSP RM5,000. RM1,000 sebulan. Permohonan dibuka pada 15 Julai di icitra.kwsp.gov.my. Bayaran pertama diterima pada bulan Ogos.
  • Moratorium
    • Moratorium enam bulan bagi mereka di B40, M40 atau T20, dan perniagaan mikro. Pohon dan mendapat kelulusan yang dijamin. Permohonan dibuka pada 7 Julai di semua bank.

 

2.PEMERKASA TAMBAHAN

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang bermula tengah malam ini.

Pemerkasa Plus akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu:

1. mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam;

2. meneruskan agenda prihatin rakyat; dan

3. menyokong kelangsungan perniagaan.

Berikut adalah beberapa bantuan yang disenaraikan dalam program Pemerkasa Tambahan:

  • Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga 5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300. Golongan bujang pula akan menerima RM100.
  • B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP diberi pilihan mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.
  • Pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
  • Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Kerajaan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memastikan kelangsungan perniagaan dan menyokong pemulihan ekonomi. Dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan beberapa bantuan; PEMERKASA, PERMAI, BPR, Skim mySalam, Lanjutan Moratorium & i-Sinar KWSP.

3.PEMERKASA

Seperti yang diumumkan semalam (17 March 2021) oleh YAB Perdana Menteri, Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA yang menumpukan kepada 20 inisiatif.

Antara inisiatif yang ditumpukan ialah:

Inisiatif Ketujuh: Pengekalan Pekerjaan dan Insentif Penggajian

Bagi membantu golongan yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan, Kerajaan akan terus menambah baik program ini dengan memperluaskan skop insentif pengambilan pekerja untuk meliputi pekerjaan sementara
dan pekerjaan gig.

      • Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara, atau NEC. Bagi tahun ini, NEC menyasarkan pewujudan 500 ribu peluang pekerjaan.
      • Platform UpskillMalaysia yang berperanan sebagai pusat maklumat bagi program peningkatan kemahiran dan latihan semula.
      • Portal e-LATiH yang mengandungi lebih 300 kursus latihan dalam talian yang ditawarkan secara percuma.
Inisiatif Keduabelas: Mengurangkan Jurang Digital
      • Subsidi pembelian telefon dari RM180 kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.
      • Program MyBAIKHATI, kerjasama antara SKMM dengan pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing. Kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik
        pulih dan diagihkan kepada antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.
Inisiatif Kelimabelas: Bantuan Kehilangan Pendapatan

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut:

      • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan; dan
      • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
Inisiatif Keenambelas: Menambahbaik Program Bantuan Rentan Bandar

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan semua golongan masyarakat dapat dibantu semasa tempoh yang sukar ini termasuk golongan gelandangan.

      • DBKL telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Anjung Kelana di Taman Desa Kuala Lumpur sebagai pusat perlindungan sementara.
      • Program bantuan barangan dapur melalui inisiatif pembelian tanpa tunai. Program ini dijangka akan memanfaatkan 300 ribu isi rumah miskin di bandar-bandar utama di seluruh negara untuk membolehkan mereka membeli barangan makanan asas.
      • Inisiatif mySalam: golongan B40 yang dibenarkan untuk dikuarantin di rumah atas sebab COVID-19 layak untuk menerima manfaat bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari selama maksimum 14 hari.
Inisiatif Kelapanbelas: Prihatin OKU
      • Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan.
      • BSN telah menyediakan sebanyak 25 juta ringgit di bawah Skim Mikrokredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit dan kadar faedah serendah 3 peratus.

Untuk maklumat lanjut, sila tekan pautan di bawah:

4.PERMAI

4.1 Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
      • Skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh yang telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.
4.2 Mempercepatkan Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
      • Bantuan Prihatin Nasional, atau BPN 2.0akan dipercepatkan, iaitu mulai 21 Januari 2021.
      • Bagi Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR, golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300, dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula, mereka akan menerima RM150.
4.3 Memperkukuh Program Kebajikan
      • JKM akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai 100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
      • Program GLIC/GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial. Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk masyarakat warga emas, gelandangan, OKU dan mangsa banjir.
4.4 Pengurangan Ansuran Pinjaman
      • Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.
4.5 Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma
      • Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan.
4.6 Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN
      • Bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, mereka boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.
4.7 Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas
      • Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan one-offsebanyak RM500 kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
4.8 Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA
      • Bagi peminjam MARA, MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, di mana peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021.
4.9 Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik
      • Diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara; pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

5.Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BPR adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang daripada RM5,000 serta bujang berpendapatan kurang RM2,500 dan diberikan dalam dua fasa.

      • Pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM2,500
        • Tiada atau seorang anak akan terima RM1,200
        • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,800
      • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,501 – RM4,000
        • Tiada atau seorang anak akan terima RM800
        • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,200
      • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 – RM5,000
        • Tiada atau seorang anak akan terima RM500
        • 2 anak dan ke atas akan terima RM750
      • Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500
        • Akan terima RM350
        • Had umur kelayakan bermula dari 21 tahun
3.1 Bantuan Kanak-Kanak

Bertujuan untuk  membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

      • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan
        • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
        • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
        • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
3.2 Bantuan Orang Tua

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

      • RM500 sebulan seorang

Maklumat lanjut Bantuan Kanak-Kanak dan Orang Tua: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat


Baca selanjutnya;

PKP 2.0, PKPB, PKPP dan PKPD? Apa Yang Anda Perlu Tahu (Terkini 2021)

B40 and M40: 4 Government housing schemes that are available for you


6.Skim mySalam

mySalam merupakan Skim bantuan rakyat yang diperkenalkan kerajaan dengan harapan golongan B40 yang berjumlah 3.69 juta dan juga golongan M40 yang berjumlah 4.3 juta dibantu pada ketika mereka menghadapi penyakit kritikal. Siapakah yang layak untuk mySalam?

      • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

7.Lanjutan Moratorium

Bagi golongan B40; penerima Bantuan Sara Hidup / Bantuan Prihatin Rakyat yang membuat pinjaman bank, akan mendapat lanjutan moratorium secara automatik tanpa permohonan. Terdapat dua pilihan:

    • Penangguhan ansuran selama 3 bulan
    • Pengurangan ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Bagi peminjam M40, hanya perlu mohon tanpa sebarang dokumen dan kelulusan dalam 1 sehingga 5 hari. Permohonan harus dibuat di bank peminjam.

8.i-Sinar KWSP

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada akaun 1 tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

Pemohon perlu kemukakan beberapa dokumen dan menghantar permohonan i-Sinar sebelum 30 Jun 2021(Kategori 2).

 


Berminat untuk menjadi ejen hartanah? Serlahkan potensi anda! Sertai kami di IQI Global dan kami akanbantu anda untuk capai impian anda. Sertai kami sekarang!

Related posts

Mencari Pinjaman Perumahan Pada Tahun 2021? Biar Kami Bantu!

azmina@iqiglobal.com

Panduan Untuk Menambah Nilai Hartanah Anda (2021)

Syuhada

5 langkah mulakan kerjaya ejen hartanah di Malaysia

Aliaa