5 tips pelaburan hartanah untuk newbie

Tips pelaburan hartanah

Di pasaran hari ini, pelaburan telah berkembang melebihi aset tradisional seperti simpanan kewangan. Walaupun saham, bon, serta dana bersama masih merupakan portfolio yang diminati ramai, terdapat banyak jalan lain yang bermanfaat untuk jangka masa panjang, jika anda bersedia meluangkan masa.

Salah satu jalan tersebut ialah pelaburan hartanah, yang boleh menjadi kaedah menguntungkan untuk membina wang untuk persaraan anda. Namun, bukan semudah itu sahaja untuk memasuki bidang pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah memerlukan dedikasi, penyelidikan dan perancangan.

Sekiranya anda berminat untuk melabur dalam harta tanah, berikut adalah 5 tips untuk membimbing anda!

 

1. Ketahui kos yang terlibat

tips pelaburan hartanah

Sejujurnya, pelaburan hartanah tidak murah. Hartanah memerlukan modal yang tinggi untuk dibeli, maka sesetengah pembeli perlu menyimpan kewangan mereka selama beberapa tahun. Tetapi jika anda mempunyai dana atau sanggup mengambil pinjaman, ianya pasti membuahkan hasil.

Namun, ia bukan semudah beli hartanah dan secara automatik anda akan bina pelaburan yang kukuh. Jadi tips pertama pelaburan hartanah untuk newbie adalah untuk mengetahui kos tambahan yang perlu diambil kira: penyelenggaraan asas, pemeliharaan tahunan, penambahbaikan, serta perbelanjaan seperti utiliti dan cukai.

Dengan mengambil kira semua ini, lebih mudah untuk mengasingkan wang anda untuk penggunaan hartanah anda nanti.

 

2. Pilih jenis hartanah

tips pelaburan hartanah

Jadi, anda mempunyai simpanan yang cukup untuk pelaburan hartanah. Sekarang untuk tips pelburan hartanah kedua, anda mesti memutuskan jenis hartanah untuk dilaburkan. Anda boleh memilih hartanah komersial atau kediaman untuk membina pelaburan hartanah anda.

Anda boleh menjadi tuan tanah dan menyewa rumah atau apartmen. Ggunakan hartanah anda sebagai Airbnb, sewa percutian, atau sewakan kepada pengguna lain untuk bina pendapatan anda dari pelaburan hartanah.

Oleh itu, sebelum memilih hartanah, tentukan apa rancangan anda dan apa tujuan hartanah tersebut.

 

3. Pergi lihat kawasan

Selepas anda memilih jenis hartanah yang anda mahukan, tips ketiga pelaburan hartanah adalah untuk anda pantau kawasan hartanah yang anda ingini.

Untuk penyewaan kediaman atau percutian, kawasan yang terbaik untuk pelaburan hartanah anda harus dikelilingi dengan kemudahan seperti sekolah, kedai serbaneka, pusat beli belah, pengangkutan awam, dan lain-lain.

Teliti persaingan di sekeliling kawasan yang anda mahukan, dan tentukan sama ada hartanah yang anda pilih berada di tempat utama untuk tujuannya. Kawasan yang anda mahukan mungkin punyai pelbagai hartanah lain yang lebih murah berbanding dengan yang anda mahukan.

Pertimbangkan komuniti, berdekatan dengan tarikan popular dan faktor cara hidup. Untuk penyewaan perniagaan, periksa penduduk, tempat letak kenderaan dan demografi kawasan ini.


Mencari pelaburan hartanah pertama anda? 🏘️🔎

Cari kawasan yang strategik! Nak tahu mana? Baca semuanya di sini! 📚

👉Nak beli rumah pertama? Ini 7 tempat popular di Lembah Klang!👈


 

4. Lindungi diri

Modal sudah ada, anda sudah pilih jenis hartanah dan kawasan yang anda mahukan, tips pelaburan hartanah seterusnya adalah untuk ketahui jenis insurans untuk melindungi hartanah anda. Kenali harga-harga bagi setiap insurans yang boleh diambil untuk melindungi hartanah anda.

Dengan adanya perlindungan insurans untuk hartanah anda, anda tidak perlu pening kepala jikalau apa-apa terjadi kepada hartanah anda.

Selain dari perlindungan insurans, pilih ejen dan agensi yang berwibawa untuk bantu anda membuat pilihan terbaik dalam pelaburan hartanah anda. IQI Global punyai REN yang berpengalaman tinggi dalam industri hartanah dan boleh bantu anda untuk merancang pelaburan hartanah anda.

Jikalau anda ingin membeli, menjual, atau menyewa hartanah, IQI Global boleh bantu anda untuk realisasikan impian anda.

 

5. Beli hartanah untuk jangka masa panjang

Tips pelaburan hartanah yang terakhir, apabila anda melabur dalam hartanah, anda mungkin akhirnya mahu menjualnya. Sama ada anda berhasrat untuk menjualnya dengan segera atau memegang sebentar, anda pasti ingin mendapat keuntungan.

Tujuannya adalah untuk menjual hartanah anda dengan harga lebih daripada berapa yang anda bayar. Bina nilai hartanah anda dengan membuat peningkatan atau penambahan yang mudah.

Apabila anda menambah nilai hartanah, anda dapat menjualnya dengan lebih banyak lagi, dan usaha anda akan membuahkan hasil.

Sebelum anda membuat pilihan untuk menjual hartanah anda, seeloknya anda buat penilaian untuk ketahui berapa harga pasarannya kini. Cari penilai yang bertauliah untuk bantu anda menilai hartanah anda sebelum anda menjual.

Agensi penilaian hartanah seperti Irhamy International Valuers (IIV) mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dan mampu menilai hartanah dari komersial ke kediaman. Selepas anda sudah mengenalpasti harga hartanah anda, dan kiraan anda mengatakan anda sudah menerima untung yang memuaskan, anda boleh hubungi ejen atau agensi untuk bantu anda menjual hartanah anda!

 

Berikut adalah tips untuk mereka yang mahu berjinak dalam pelaburan hartanah. Terdapat juga faktor-faktor lain yang anda harus pertimbangkan apabila ingin melabur dalam hartanah. Kami mengucapkan tahniah kerana anda berminat untuk melabur dalam hartanah dan semoga anda capai sukses!


Anda ingin mulakan pelaburan hartanah anda? Lakukan pilihan yang bijak dan biar IQI Global bantu anda!

Kami sedia untuk bantu anda membuat pilihan terbaik untuk pelaburan masa hadapan anda dan keluarga anda!

Isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!

Related posts

Cara Guna KWSP Online Untuk Beli Rumah Tahun 2022

Sara

Lexis Hibiscus 2, Resort Mewah Bertaraf 5 Bintang Dibuka 2024!

syakirah

Nak cari ruang kerja bersama yang best? Tengok dulu 7 perkara ini!

syakirah