4 Pekerjaan Gaji Tertinggi di Malaysia!

Bila soal tentang pekerjaan, mesti orang tertanya pasal gaji. Yela kan siapa tak nak gaji tinggi yang boleh beli macam-macam dan boleh merantau sana sini. Tambahan pula, ada banyak pekerjaan yang tertera dekat Malaysia dan seluruh dunia, tapi pekerjaan apa yang gaji paling tinggi di Malaysia ni?

Tapi tak terlupa juga, gaji ni berdasarkan pengalaman bekerja juga.

Jadi, mari kita kupas 4 pekerjaan yang bergaji tinggi di Malaysia ni! Mana tahu ada yang sesiapa berminat nak tukar arah.

 

1. Pakar Bedah (Surgeon) 

2. Ejen Hartanah (Real Estate Agent) 

3. Pengarah Penjualan & Pemasaran (Sales & Marketing Director)

4. Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer)

 


1. Pakar Bedah (Surgeon)

gaji tinggi malaysia

Kalau sesiapa yang tak boleh tengok darah tu, tak payah la berangan nak jadi pakar bedah. Cari nahas je nanti. Gaji seorang yang kerja sebagai pakar bedah boleh cecah RM70,000 sebulan!

Tapi nak capai ke tahap tu jauh juga perjalanan dia. Bermula dari sekolah menengah lagi dah memang kena fokus pada biologi dan kemudiannya bersambung ke sekolah perubatan (medical school). Jumlah tahun untuk bergelar seorang pakar bedah berkemungkinan 10 tahun ke atas.

Tak termasuk juga betapa kompleksnya untuk menjalankan satu pembedahan. Mungkin sebab ni gaji mereka antara yang paling tinggi di Malaysia, malah di dunia!

 

2. Ejen Hartanah (Real Estate Agent)

gaji

Pekerjaan ini kadang kala tidak memerlukan ijazah kerana pekerjaan sebagai ejenhartanah memerlukan lebih soft-skills seperti rundingan dan komunikasi.

Pendapatan seorang ejen hartanah boleh cecah RM50,000 sebulan! Itu pun kalau belum termasuk komisen lain melalui penjualan yang mereka dapat.

Tambahan, tugas seorang ejen hartanah adalah untuk mengiklankan hartanah dan mencari prospek yang berminat untuk membeli. Dari situ, datanglah komisen dan pendapatan mereka.

Tak sukar untuk mulakan kerjaya sebagai seorang ejen hartanah.

Malah, IQI Global kini ada tawaran; dari RM188 untuk mulakan pengembaraan anda sebagai seorang ejen hartanah! Anda akan terima latihan dan berpeluang untuk jual hartanah luar negara sekali! Murah tu!

Tunggu apa lagi? Jom daftar dan mulakan perjalanan anda sebagai seorang REN sekarang!


Baca selanjutnya;

Gaji ejen hartanah tinggi? 6 soalan gaji ejen hartanah!

Jom jadi ejen hartanah di IQI Global – Part 1


3. Pengarah Penjualan & Pemasaran (Sales & Marketing Director)

gaji tinggi malaysia

Rasanya dari nama sendiri dah boleh agak dah pekerjaan ni.

Seorang pengarah pemasaran bertanggungjawab untuk pengurusan keseluruhan jabatan penjualan & pemasaran. Tanggungjawab tu termasuklah merancang, melaksanakan, dan mengkaji semula pendekatan pemasaran suatu syarikat. Selain itu, perlu capai sasaran penjualan yang ditetapkan oleh pihak atasan. Kerja gaji tinggi ni sesuai untuk sesiapa yang banyak borak tu.

Berbanding dari zaman dahulu, pemasaran dilakukan secara tradisional iaitu melalui surat khabar, televisyen dan radio. Tapi dalam zaman moden sekarang, pemasaran boleh dilihat dari aspek digital seperti media sosial dan blog. Dengan cara pemasaran dan penjualan baharu, tentunya sasaran penjualan akan meningkat. Ye tak?

Gaji seorang pengarah penjualan & pemasaran mampu cecah RM35,000 sebulan!

 

4. Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer)

kerja gaji tinggi malaysiaSeorang ketua pegawai maklumat bertugas untuk memantau pelaksanaan pelan strategik teknologi maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat. Gaji seorang ketua pegawai maklumat boleh cecah RM30,000 hingga RM60,000!

Selain itu, banyak lagi tugas seorang ketua pegawai maklumat berbeza dari tahun-tahun lalu. Seperti mewujudkan nilai perniagaan melalui teknologi, merancang strategik objektif pertumbuhan perniagaan dan memastikan sistem dan prosedur teknologi membawa kepada hasil selaras dengan matlamat perniagaan.

Hal ini kerana zaman digital memerlukan pendekatan teknologi dan maklumat.

Sumber: Kelly Services


Jadi, dah tahu pekerjaan mana yang mempunyai gaji yang tinggi di Malaysia? Kalau ada rasa nak ubah angin, boleh sangat.

Mencari peluang untuk cabar diri dan mencapai had yang lebih hebat?

Tak perlu takut, tak perlu fikir lebih. Ayuh menceburi peluang dengan IQI – dengan harga yuran dari harga RM188! Tempuh cabaran, capai kejayaan. Pilihla IQI!

Related posts

QnA Bagi Pembeli Rumah Pertama

Syuhada

Panduan Langkah demi Langkah untuk Memfailkan Cukai Pendapatan Anda di Malaysia (ver. 2022)

adlina@iqiglobal.com

Pasaran Hartanah Dijangka Pulih Pada H1 2022

Hafiz Zainuddin