10 Agensi Hartanah Terbaik Peringkat Antarabangsa

Version: EN & CN


Agensi Hartanah Terbaik di Dunia

Dengan kehadiran agensi hartanah antarabangsa ini, pembelian rumah menjadi lebih mudah tidak kira sama ada anda seorang yang baru nak memulakan langkah dalam industri ini atau seorang pembeli yang sudah berpengalaman. Syukurlah ada ejen hartanah yang dengan senang hatinya memikul sebahagian besar beban kerja ini bagi membantu dalam pelaburan hartanah. Persoalannya sekarang, antara semua agensi yang ada di luar sana, yang manakah yang terbaik untuk anda?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa agensi hartanah yang terkemuka di seluruh dunia.

1. IQI Global (Agensi Hartanah 5 Bintang)

IQI Global ialah sebuah agensi hartanah antarabangsa yang mempunyai pejabat merentasi 15 negara dan terdiri daripada lebih 10,000 pakar hartanah dan pelaburan yang berdedikasi. Di mana IQI merupakan syarikat multinasional ataupun multinational corporation (MNC) di mana ia beroperasi di negara sendiri dan negara lain di seluruh dunia.

Agensi ini mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan diasaskan di Dubai oleh pelbagai kumpulan pelabur, pakar perniagaan dan individu yang bersemangat untuk meraih kejayaan. IQI menjalankan operasi di peringkat serantau dan global di beberapa negara termasuk Malaysia, Dubai, Kanada, Australia, Filipina dan Vietnam. Tambahan lagi, IQI ialah sebuah agensi hartanah yang telah memenangi banyak anugerah di Malaysia.

 

2. RE/MAX

Real Estate Agency Re/Max

Real Estate Maximums, singkatannya RE/MAX, ialah sebuah syarikat hartanah antarabangsa Amerika. Diasaskan pada tahun 1973 oleh Dave dan Gail Liniger, syarikat itu terdiri daripada lebih 100,000 ejen di lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. RE/MAX terkenal kerana memegang bahagian pasaran nombor satu di A.S. dan Kanada sejak tahun 1999.

 

3. Century 21

Real Estate Agency Century21

Century 21 ialah sebuah syarikat francais hartanah yang terkenal dan terkemuka yang telah diasaskan pada tahun 1971. Ia mempunyai sehingga 7,000 pejabat yang beroperasi secara bebas dan mempunyai kehadiran global, di mana ia beroperasi di 28 negara dan wilayah, termasuk Eropah, Latin Amerika, Timur Tengah, dan Asia. Syarikat itu telah memantapkan dirinya sebagai peneraju e-pemasaran dan memperoleh hak untuk dianggap sebagai salah satu jenama yang paling disanjung tinggi dalam industri hartanah.

 

4. ERA Hartanah

ERA Real Estate

Kesatuan Elektronik Hartanah ataupun Electronic Realty Associates singkatannya lebih dikenali sebagai ERA telah diasaskan pada tahun 1971 dan dikendalikan oleh Realogy, yang juga merupakan syarikat induk agensi lain dalam senarai ini, seperti Century 21, Coldwell Banker, dan Sotheby’s International Realty. Selama bertahun-tahun ERA telah berkembang dengan kehadiran global dan kini mempunyai pejabat di banyak negara seperti di Jepun, Singapura, Korea Selatan, Jerman, Austria, dan Arab Saudi.

 

5. Sotheby’s International Realty

Syarikat hartanah ini adalah syarikat hartanah yang mewah diasaskan pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Sotheby telah membentuk pakatan strategik dengan syarikat Realogy, yang membolehkan syarikat itu menawarkan peluang francais kepada pelbagai broker hartanah.

Baru-baru ini syarikat itu telah mengembangkan kehadirannya secara global dan kini boleh ditemui di negara-negara di Asia Tenggara seperti Thailand dan Filipina.

 

6. Kumpulan CBRE

CBRE (CB Richard Ellis) Perbadanan Kumpulan Perkhidmatan Hartanah Komersial atau dikenali sebagai CBRE Commercial Real Estate Services Group, Inc. ialah sebuah syarikat hartanah komersial Amerika dengan ibu pejabat di Los Angeles, California. Ia adalah firma perkhidmatan hartanah dan pelaburan berkualiti komersial, dengan hasil pada tahun 2016 memperoleh sebanyak $13.1 bilion dan mempunyai lebih daripada 75,000 pekerja. CBRE menawarkan rangkaian luas perkhidmatan, termasuk kemudahan, pengurusan hartanah, pengurusan pelaburan, penilaian bertulis dan pendapat hartanah, pajakan hartanah, jualan hartanah, perkhidmatan pajak gadai serta perkhidmatan pembangunan.

 

7. Colliers International

Kumpulan Antarabangsa Colliers ialah organisasi penasihat hartanah yang berpangkalan di Kanada. Ia menyediakan perkhidmatan perundingan hartanah dalam pelbagai bentuk, termasuk tinjauan umum, pengurusan dana, perundingan destinasi dan pelaburan bersama hartanah.

Di peringkat global, Colliers International ialah salah satu syarikat hartanah komersial terbesar di dunia, yang mengupah 15,000 pekerja profesional di 68 negara.

 

8. Eastdil Secured

Eastdil Secured ialah perbankan dan firma perintis hartanah yang mempunyai lebih 40 tahun pengetahuan dan pengalaman dalam perbankan pelaburan hartanah. Agensi ini berfungsi memaksimumkan peluang dengan strategi revolusioner yang direka khas bagi menghasilkan urus niaga yang paling optimum dan cekap.

Pengetahuan luas tentang bidang hartanah yang dimiliki oleh Eastdil Secured telah berjaya menghasilkan lebih $1.5 trilion transaksi lengkap sejak 2005.

 

9. Zillow.com

Zillow.com, juga dikenali sebagai, Kumpulan Zillow atau ringkasnya Zillow, ialah syarikat dan portal pangkalan data hartanah dalam talian. Ia diasaskan oleh Rich Barton dan Lloyd Frink – merupakan bekas eksekutif Microsoft, yang juga pengasas Expedia, syarikat percutian – pada tahun 2005.

Zillow menyediakan pengguna dengan semua alat dan aplikasi yang mereka perlukan untuk membuat keputusan hartanah yang bijak sendiri. Pangkalan data mereka mempunyai lebih daripada 110 juta rumah.

 

10. Keller Williams Realty, Inc.

Pengendali perkhidmatan hartanah ini ialah francais hartanah antarabangsa Amerika dengan ibu pejabatnya bertempat di Austin, Texas. Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Keller Williams, ia memiliki lebih 700 pejabat di seluruh dunia, dengan lebih 140,000 syarikat bersekutu. Pada tahun 2012, Keller Williams didapati telah mencapai keuntungan sebanyak 91% di pejabat negaranya, merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan dicemburui.

real-estate-company

Kesimpulan

Daripada 10 agensi hartanah antarabangsa teratas di atas, anda boleh memilih salah satu agensi hartanah terbaik yang boleh membantu anda dalam mengenal pasti apa yang anda perlukan untuk membuat atau mendapatkan tawaran terbaik bagi hartanah anda.

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk saya menjadi ejen hartanah di Malaysia?

Untuk menjadi ejen hartanah yang berkelayakan sepenuhnya, anda perlu bekerja keras, mempunyai pengalaman kerja dan tekun belajar kerana perlu menghadapi banyak peperiksaan.

Apakah peranan ejen hartanah?

Ejen hartanah adalah profesional yang membantu pembeli dan penjual dalam urus niaga hartanah.

Terdapat perunding hartanah di mana anda tidak memerlukan lesen untuk menjadi perunding hartanah. Sebagai perunding hartanah, ejen akan melakukan rundingan dengan pembeli dan penjual dan berakhir dengan satu atau lebih pihak berkompromi mengenai perkara yang dipersetujui bersama.

Selain itu, terdapat juga hartanah korporat. Apabila ejen bekerja dalam perkhidmatan korporat, mereka akan menjadi perkhidmat pengurusan hartanah di mana mereka perlu membantu syarikat besar mencari hartanah untuk keperluan perniagaan mereka.

Bolehkah saya menjana wang sebagai ejen hartanah?

Ejen hartanah boleh menjana wang yang baik mengikut berapa banyak penjualan dan komisen. Pada Mei 2019, median pendapatan gaji tahunan untuk ejen hartanah ialah $48,930. Terdapat agensi hartanah terkemuka di Malaysia, salah satunya ialah IQI Global.

Adakah ejen hartanah kerjaya yang bagus di Malaysia?

Kami memberi jaminan kepada anda bahawa kerjaya dalam hartanah ialah salah satu pilihan terbaik yang boleh anda pertimbangkan, kerana memberi pendapatan tinggi dengan cepat dan membolehkan anda bekerja dengan fleksibel.

Apakah Agensi Pemasaran Hartanah?

Agensi pemasaran hartanah ialah pemacu utama pemasaran digital untuk harta anda. Ia bertindak mempromosikan perniagaan hartanah, ejen, atau hartanah mereka untuk dijual sama ada melalui media sosial atau mana-mana platform pemasaran lain khusus untuk hartanah.

Apakah agensi sebenar?

Agensi hartanah sebenar bermaksud sesiapa dalam perniagaan yang memiliki, memperoleh, membangun, menjual, memajak atau mengendalikan harta tanah dan aset yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Jadilah sebahagian daripada kumpulan antarabangsa yang terdiri daripada ahli yang berbilang kaum dan bangsa, mari sertai IQI hari ini! 

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Related posts

5 Lagu Tema FIFA Terbaik yang Akan Membuat Anda Teruja untuk Piala Dunia 2022!

Sofiah

5 Jenis Pakaian Tradisional Melayu Untuk Majlis Pernikahan

Sara

5 Pekerjaan Gaji Tertinggi yang Tidak Memerlukan Ijazah & Membayar Lebih Daripada Rm 80k/tahun.

Sofiah