5 MIN READCara Menjual Rumah Di Malaysia

Jika membeli sebuah rumah merupakan pelaburan terbesar pertama mereka, maka menjual rumah merupakan pelaburan kedua terbesar. Objektif utama pelaburan rumah adalah untuk meraih keuntungan kenaikan harga sebuah rumah. Menjual rumah merupakan keputusan yang sangat penting, kerana ia akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang. Maka, anda perlu tahu cara yang betul untuk menjual rumah anda supaya anda mendapat pulangan yang berbaloi. Dengan artikel ini, kami akan kongsikan tentang cara menjual rumah anda.

  1. Tetapkan harga jualan anda

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah menetapkan harga rumah anda. Untuk membantu anda mengetahui nilai hartanah anda, anda boleh merujuk dengan penilai hartanah atau ejen hartanah yang dipercayai. Mereka akan memberi nilai rumah anda yang sebenar dan harga yang harus anda tetapkan berdasarkan data pasaran, jenis rumah dan harga rumah yang serupa di kawasan sekitarnya.

  1. Mencari Ejen yang berkebolehan

Mencari ejen yang berkebolehan untuk membantu anda boleh memudahkan segala urusan jualan rumah anda. Menjual rumah merupakan perniagaan yang serius maka ejen hartanah mempunyai peranan yang penting dalam mengurus segala proses ini. Ini bermaksud, mereka telah dilatih untuk mengenal pasti semua langkah yang diperlukan untuk menjual hartanah, termasuk mencari pembeli yang sesuai dan skil rundingan. Apabila mencari ejen, lakukan penyelidikan dalam talian dan dapatkan rujukan dari rakan-rakan dan keluarga. Kemudian, anda boleh cuba menemubual ejen tersebut dan terus menilai kebolehan mereka.

  1. Dapatkan nasihat dari peguam

Apabila anda menjual sebuah rumah, terdapat prosedur undang-undang tertentu yang anda perlu lalui, terutamanya jika anda ingin memindah hak milik. Ia lebih baik untuk sediakan segalanya terlebih dahulu, oleh itu anda harus melantik seorang peguam dari awal. Ini akan membantu anda mengelakkan kelewatan dan memberi anda masa untuk mendapatkan semua dokumen yang anda perlukan apabila tiba masanya untuk memindahkan hak milik.

  1. Mengiklankan Rumah

Cara terbaik untuk memastikan orang ramai mengetahui bahawa anda mempunyai rumah untuk dijual adalah melalui pengiklanan. Sewa jurugambar profesional untuk menangkap gambar terbaik rumah anda untuk menarik perhatian pembeli. Anda kemudian boleh mendaftarkan rumah anda di laman penyenaraian dan juga berkongsi gambar tersebut di media sosial. Anda juga boleh meminta rakan-rakan dan keluarga anda untuk membantu menyebarkan tentang rumah anda. Anda juga boleh meminta nasihat pengiklanan dari ejen anda; mereka telah dilatih dan boleh memberitahu anda mengenai cara yang terkini dan berkesan untuk mengiklan rumah anda.

  1. Pastikan rumah anda tersedia untuk dijual

Sebab utama pembeli tidak berminat dengan sebuah rumah adalah kerana rumah tersebut tidak bersih dan tidak kelihatan menarik. Pastikan rumah anda tersedia untuk dikunjungi orang ramai; bersihkan segala kotoran dan pastikan rumah anda kemas dan tidak berselerak, susun perabot anda, perbaiki apa-apa barang yang rosak, dan jika perlu, cat semula rumah anda supaya kelihatan seperti baru. Usaha yang kecil pasti akan mendatangkan ganjaran kemudian.

  1. Pamerkan rumah anda

Sebaik sahaja anda selesai mengemas rumah anda dan bersedia untuk dikunjungi orang ramai, maka sudah tiba masanya untuk membawa bakal pembeli. Biarkan mereka meneroka rumah dengan ejen hartanah secara bebas supaya mereka berasa lebih selesa. Elakkan mencelah terlalu banyak dalam perbualan mereka. Walaupun ia bagus untuk membina hubungan dengan pembeli, jika anda bercakap terlalu banyak, anda mungkin membuat mereka tidak selesa dan mereka mungkin tidak mahu meneruskan lawatan tersebut. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menilai keadaan tersebut anda boleh meminta nasihat daripada ejen hartanah anda.

Read More

5 reasons why you should choose a good property agent when investing

5 facts you should know before hiring a real estate agent

  1. Berunding dengan pembeli

Anda telah menemui bakal pembeli yang menunjukkan minat terhadap rumah anda. Tiba masanya untuk berunding harga dan inilah masa untuk ejen anda memainkan peranan. Rundingan bergantung terhadap beberapa faktor seperti sebut harga, keadaan pasaran dan keperluan jualan. Dapatkan nasihat daripada ejen anda tentang cara untuk menangani keadaan ini, mereka akan membantu mencari jalan penyelesaian yang memenuhi kehendak semua pihak yang terlibat. Jangan mengambil masa terlalu lama dalam berunding, anda tidak mahu membuang masa dengan satu pembeli manakala anda mungkin mempunyai pembeli lain yang berminat.

  1. Surat Tawaran

Sebaik sahaja anda mencapai keputusan mengenai harga, tiba masanya untuk menandatangani Surat Tawaran (Letter of Offer), yang juga dikenali sebagai ‘Surat Tawaran Pembelian’ (Letter of Offer to Purchase) atau ‘Perjanjian Pembelian’ (Agreement To Purchase). Ejen estet akan meminta pembeli membayar ‘earnest deposit’ antara 2-3% daripada jumlah yang ditawarkan apabila mereka membuat surat itu dan biasanya mereka menyimpan ‘earnest deposit’ dalam akaun pelanggan mereka sebagai pemegang saham dari tarikh tawaran dibuat sehingga pelaksanaan Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement).

Surat tawaran biasanya mengandungi maklumat berikut:

  • Nama sah penjual dan pembeli
  • Alamat sah rumah
  • Harga yang telah dipersetujui
  • Amaun deposit
  • Sebarang barang seperti kelengkapan termasuk dalam penjualan
  • Tarikh sebelum perjanjian jual beli mesti ditandatangani
  1. Perjanjian Jual Beli

Setelah anda menerima tawaran, sama ada anda atau ejen anda perlu memberi peguam anda maklumat yang mereka perlukan untuk menyiapkan dokumen undang-undang untuk jualan. Apabila pembeli melaksanakan SPA mereka akan membayar baki 10% pertama dari harga pembelian. Dokumen akan dihantar kepada anda untuk pelaksanaan dan kemudian akan dicop. Semua ini mesti disiapkan dalam tempoh 14 hari (2 minggu) dari tandatangan Surat Tawaran.

SPA menyatakan bahawa baki 90% akan dibayar kepada anda dalam tempoh tiga bulan selepas SPA ditandatangani dan dicop. Walau bagaimanapun, tempoh masa mungkin berbeza bergantung kepada perjanjian, jenis hartanah, pihak yang anda berurusan dan juga cara anda memperoleh hartanah tersebut.

  1. Langkah terakhir adalah Jualan

Untuk bahagian terakhir, sebaik sahaja semua pembayaran telah dibuat dan semua dokumen berkenaan telah selesai, hartanah tersebut akan berjaya dijual dan hak milik dipindahkan kepada pembeli. Anda mungkin perlu membayar RPGT (Real Property Gains Tax). Kadar untuk RPGT adalah seperti berikut:

 

Date of Disposal Companies Individual (Citizen &
Permanent Resident)
Individual (Non-Citizen)
Within 3 years from the date of acquisition 30% 30% 30%
In the 4th year 20% 20% 30%
In the 5th year 15% 15% 30%
In the 6th year and subsequent year 10% 5% 10%

 Source: The Star Online

Ingat, ini hanyalah panduan asas untuk menjual hartanah anda di Malaysia. Apabila anda sudah bersedia untuk menjual rumah anda, pastikan anda melakukan penyelidikan dan yang paling penting dapatkan ejen hartanah / penasihat yang berkebolehan untuk membimbing anda melalui proses tersebut.

Jika anda berminat untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, klik disini.

Inginkan lebih nasihat dan tips untuk menjual rumah? Berbual dengan kami, tinggalkan mesej di bawah.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Related posts

How Technology is Changing the Real Estate Industry

Nabila

Strong interest from mainland Chinese buyers expected next year

Aliaa

Top 10 statements disliked by property agents

Aliaa