6 MIN READApa Itu B40, M40 dan T20? Senarai Bantuan 2021

Pembentangan bajet atau belanjawan tahunan negara yang disiarkan atau dijalankan akan sentiasa melakar inisiatif-inisiatif bantuan baharu untuk rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. 

Kerajaan turut memperkenalkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) serta pelbagai bantuan tersedia untuk golongan B40 dan M40 demi menangani penularan wabak Covid-19 yang telah menjejaskan semua pihak.

Tapi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40, M40 dan T20? Serta siapa yang termasuk di golongan tersebut?


Apakah Maksud B40, M40 dan T20?

B40, M40 dan T20 merupakan takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia. Department of Statistics atau Jabatan Perangkaan Malaysia telah bertanggungjawab untuk jalankan satu kajian atau survei terhadap julat pendapatan rakyat Malaysia.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kerajaan dapat mengenalpasti julat pendapatan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

    • B40 (Bottom 40%)

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% rendah dengan pendapatan bawah RM4,849 sebulan serta isi rumah miskin yang pendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu kurang daripada RM2,208 sebulan.

    • M40 (Middle 40%)

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan di antara RM4,850 sehingga RM10,959 sebulan.

    • T20 (Top 20%)

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi sebanyak RM10,959 ke atas dan merupakan penggerak ekonomi dan majikan golongan B40 dan M40.


Senarai Bantuan Kerajaan 2021

[Kemaskini 18 Januari 2021]

Pada 18 Januari 2021, pukul 4:00 petang, oleh YAB Perdana Menteri  telah umumkan sebuah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit. PERMAI akan dilaksanakan melalui 22 inisiatif dan berteraskan kepada 3 matlamat utama. Antara yang diketengahkan ialah:

Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
      • Skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh yang telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.
Mempercepatkan Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat
      • Bantuan Prihatin Nasional, atau BPN 2.0akan dipercepatkan, iaitu mulai 21 Januari 2021.
      • Bagi Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR, golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300, dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula, mereka akan menerima RM150.
Memperkukuh Program Kebajikan
      • JKM akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai 100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak
      • Program GLIC/GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial. Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk masyarakat warga emas, gelandangan, OKU dan mangsa banjir.
Pengurangan Ansuran Pinjaman
      • Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.
Melanjutkan Tempoh Capaian Internet Percuma
      • Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan.
Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN
      • Bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, mereka boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.
Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas
      • Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan one-offsebanyak RM500 kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
Menjadual Semula dan Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA
      • Bagi peminjam MARA, MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, di mana peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021.
Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik
      • Diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara; pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

Terdapat pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia serta membantu rakyat untuk hadapi kesukaran sewaktu musim Covid-19. Berikut antara bantuan yang boleh dimohon:

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BPR adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang daripada RM5,000 serta bujang berpendapatan kurang RM2,500 dan diberikan dalam dua fasa.

      • Pendapatan isi rumah bulanan kurang daripada RM2,500
        • Tiada atau seorang anak akan terima RM1,200
        • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,800
      • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,501 – RM4,000
        • Tiada atau seorang anak akan terima RM800
        • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,200
      • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 – RM5,000
        • Tiada atau seorang anak akan terima RM500
        • 2 anak dan ke atas akan terima RM750
      • Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500
        • Akan terima RM350
        • Had umur kelayakan bermula dari 21 tahun
Bantuan Kanak-Kanak

Bertujuan untuk  membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

      • Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan
        • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah
        • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun
        • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Bantuan Orang Tua

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

      • RM500 sebulan seorang

Maklumat lanjut Bantuan Kanak-Kanak dan Orang Tua: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat


Baca selanjutnya;

PKP 2.0, PKPB, PKPP dan PKPD? Apa Yang Anda Perlu Tahu (Terkini 2021)

B40 and M40: 4 Government housing schemes that are available for you


Skim mySalam

mySalam merupakan Skim bantuan rakyat yang diperkenalkan kerajaan dengan harapan golongan B40 yang berjumlah 3.69 juta dan juga golongan M40 yang berjumlah 4.3 juta dibantu pada ketika mereka menghadapi penyakit kritikal. Siapakah yang layak untuk mySalam?

      • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

        • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
        • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
        • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Lanjutan Moratorium

Bagi golongan B40; penerima Bantuan Sara Hidup / Bantuan Prihatin Rakyat yang membuat pinjaman bank, akan mendapat lanjutan moratorium secara automatik tanpa permohonan. Terdapat dua pilihan:

      • Penangguhan ansuran selama 3 bulan
      • Pengurangan ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Bagi peminjam M40, hanya perlu mohon tanpa sebarang dokumen dan kelulusan dalam 1 sehingga 5 hari. Permohonan harus dibuat di bank peminjam.

i-Sinar KWSP

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada akaun 1 tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

Pemohon perlu kemukakan beberapa dokumen dan menghantar permohonan i-Sinar sebelum 30 Jun 2021(Kategori 2).

 


Berminat untuk menjadi ejen hartanah? Serlahkan potensi anda! Sertai kami di IQI Global dan kami akanbantu anda untuk capai impian anda. Sertai kami sekarang!

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Related posts

Menjadi Usahawan Berjaya Tahun 2021 Dengan 3 Tips!

Ahmad

Vaksin Covid-19. Apa Yang Patut Anda Tahu?

Ahmad

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Internet 5G untuk semua!

Ahmad