3 MIN READ5 langkah mudah beli rumah subsale [2021]

Tertarik dengan rumah subsale di Cyberjaya dan dari pemaju yang mempunyai reputasi terbaik dalam industri? 

Ingin mengenali, membeli, dan mengubahsuai hartanah subsale?

Jika anda sedang berfikir untuk beli rumah di pasaran subsale, panduan asas dan mudah ini adalah untuk anda!


1. Apakah kemampuan pinjaman anda dengan pilihan bank untuk rumah subsale anda?

Selepas menyediakan belanjawan anda berdasarkan kemampuan anda, pilihlah perjanjian yang terbaik untuk hartanah subsale – sama ada melalui Maybank atau CIMB.

Bagi mereka yang keliru dengan istilah kemampuan pinjaman, ia adalah jumlah wang yang boleh dipinjam oleh seorang individu daripada pemberi pinjaman.

Juga pertimbangkan perbelanjaan seperti duti setem, yuran undang-undang, dan kos pengubahsuaian jika hartanah yang dipilih perlu ubahsuai.

INGAT; elakkan menandatangani borang tempahan sebelum memohon pinjaman, yang boleh mengakibatkan kehilangan wang deposit anda.

 

2. Bincang tentang dokumen Perjanjian Jual Beli

‘Perjanjian Jual Beli’, dokumen undang-undang penting yang menyatakan terma dan syarat penjualan – di mana kedua-dua pihak mesti setuju dengan perincian yang tertera di dokumen tersebut.

Sebelum menandatangani dokumen itu, bincang dengan penjual hartanah mengenai;

  • barang yang ingin anda tinggalkan di rumah
  • barang yang anda mahu dikeluarkan di rumah
  • pengubahsuaian
  • penambahan

Oleh kerana hartanah subsale tidak disertakan dengan tempoh tanggungan kerosakan, jika anda tidak menyatakan apa-apa kerosakan dalam kontrak – anda akan bertanggungjawab atas sebarang pengubahsuaian.

Selepas rundingan dan mengemas kini perjanjian, ingatlah untuk memasukkan SEMUA butiran dalam Perjanjian Jual Beli.


Baca selanjutnya;

Jom jadi ejen hartanah di IQI Global – Part 1

10 agensi hartanah terkemuka di peringkat antarabangsa


3. Pilihan Nilai Bank atau Nilai Pasaran?

Ketika melakukan penilaian hartanah subsale anda, ketahui ada dua jenis penilaian yang berbeza – nilai bank dan nilai pasaran.

  • Penilaian hartanah oleh bank sepenuhnya bergantung pada angka. Contohnya, penilaian bank untuk sebuah rumah lebih rendah daripada nilai pasaran, kerana fikiran bank lebih objektif dan konservatif.
  • Penilaian pasaran harta tanah adalah harga yang sanggup dibayar oleh seorang pembeli untuk rumah tersebut.

Dengan menentukan mana yang paling bernilaii, anda sebagai pembeli akan dapat tawaran terbaik dalam proses ini.

 

4. Upah peguam untuk bantu sepanjang proses

Dalam mana-mana transaksi hartanah, seorang pembeli harus mengupah peguam untuk proses itu. Melaluinya, mereka akan memastikan anda dapat tawaran yang adil, memeriksa semula perincian kontrak dan lindungi hak anda sebagai pembeli.

Jangan bazirkan ribuan Ringgit – fikirkan 2 hingga 3 langkah ke depan sebelum membeli harta tanah subsale anda.

 

5. Akhir sekali, follow up!

Kita hidup di zaman teknologi, di mana semuanya dapat diakses hanya dengan klik sahaja. Melalui nombor telefon bimbit, alamat e-mel, dan halaman media sosial ejen hartanah, anda boleh mengetahui maklumat terkini subsale anda.

Sebagai contohnya, syarikat IQI Global sentiasa fikir hadapan untuk pastikan kepuasan pelanggan melalui kemajuan teknologi.

Memperkenalkan “Manage My Deals” – platform yang dibuat untuk bolehkan pembeli melihat maklumat subsale, mereka boleh periksa sama ada IQI melakukan transaksi penjualan mereka dan beri penilaian kepada ejen yang telah membantu mereka dalam proses tersebut.

Dengan melayari pautan “Manage My Deal” melalui laman web IQI, anda hanya perlu memasukkan Nombor Pengenalan dan Nombor Tempahan yang diberikan oleh ejen IQI.

Manage My Deal menjadi kenyataan dari usaha untuk mencipta penyelesaian untuk membantu ejen harta tanah IQI seperti Atlas, laman web dan aplikasi – platform untuk menguruskan penjualan, tempahan, komisen, dan latihan mereka.

Keupayaan cekap syarikat IQI dalam menyokong pertumbuhan ejen sangat penting dalam kejayaan dan transformasinya yang semakin meningkat.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Manage My Deal oleh IQI.

 

Masa untuk pilih rumah subsale terbaik untuk anda

Baik, sekarang anda memahami apa yang anda akan hadapi ketika membeli rumah subsale, ingatlah pilihan terpulang kepada anda.

Oleh itu, sama ada anda membeli harta tanah untuk dijual atau melabur, lebih awal anda merancang – semakin banyak pilihan dan peluang untuk dipilih.


Berminat membeli rumah yang anda impikan? Atau anda ingin bantuan profesional ketika membeli hartanah subsale?

Dengan memilih IQI, mereka akan dapat membantu anda dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta tanah.

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Related posts

Apa Itu B40, M40 dan T20? Senarai Bantuan 2021

Ahmad

Kadar faedah pinjaman dijangka turun lagi

Aliaa

PKP 2.0, PKPB, PKPP dan PKPD? Apa Yang Anda Perlu Tahu (Terkini 2021)

Ahmad