4 MIN READ10 agensi hartanah terkemuka di peringkat antarabangsa

Dengan pelbagai agensi hartanah antarabangsa, proses membeli rumah adalah mudah tidak kira jika anda pembeli yang baru belajar atau pembeli berpengalaman. Kita bertuah kerana terdapat ramai ejen hartanah di luar sana yang ingin membantu anda dalam pelaburan hartanah anda. Walau bagaimanapun, dengan pelbagai pilihan agensi hartanah, yang mana agensi hartanah terbaik untuk anda?

Dengan artikel ini, kami akan kongsikan tentang beberapa agensi hartanah terkemuka di seluruh dunia.

 

  1. RE/MAX

Real Estate Maximums atau lebih dikenali sebagai RE/MAX, adalah sebuah syarikat hartanah antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Dave dan Gail Liniger, syarikat itu terdiri lebih daripada 100,000 ejen di lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. RE/MAX dipercayai memegang bahagian pasaran nombor satu di A.S. dan Kanada sejak tahun 1999.

  1. Century 21

Century 21 adalah syarikat francais hartanah terkenal yang pertama kali ditubuhkan pada tahun 1971. Ia mempunyai sehingga 7000 pejabat milik bebas dan operasi dan dikenali diperingkat global, beroperasi di 28 negara dan wilayah, termasuk Eropah, Amerika Latin , Timur Tengah dan Asia. Syarikat tersebut ditubuhkan untuk menerajui e-pemasaran dan dianggap sebagai salah satu jenama yang paling dihormati dalam industri hartanah.

  1. IQI Global (5 Star Real Estate Agency)

IQI Global adalah agensi hartanah antarabangsa dengan pejabat yang merangkumi seluruh 5 benua dan terdiri lebih daripada 5000 pakar hartanah dan pakar pelaburan. Ibu pejabat agensi ini terletak di Dubai dan diasaskan oleh sekumpulan pelabur, ahli pakar perniagaan yang bersemangat untuk berjaya.

IQI adalah agensi hartanah yang telah memenangi banyak anugerah di Malaysia. Beberapa negara dan wilayah lain yang IQI telah beroperasi termasuk Dubai, Kanada, Australia, Filipina dan Vietnam.

4. ERA Real Estate

Electronic Realty Associates juga dikenali sebagai ERA ditubuhkan pada tahun 1971 dan dikendalikan oleh Realogy, yang juga merupakan ibu syarikat agensi lain dalam senarai ini, seperti Century 21, Coldwell Banker dan Sotheby’s International Realty. ERA telah berkembang sehingga dikenali dunia dan kini mempunyai pejabat-pejabat di serata negara seperti Jepun, Singapura, Korea Selatan, Jerman, Austria dan Arab Saudi.

5. Sotheby’s International Realty

Syarikat hartanah ini adalah jenama hartanah mewah yang diasaskan pada tahun 1976. Pada 2004, ia membentuk satu kerjasama strategik dengan syarikat Realogy yang membenarkan syarikat tersebut untuk menawarkan pelbagai jenis broker francais.

Baru-baru ini syarikat itu telah perniagaan mereka ke peringkat global dan kini boleh ditemui di negara seperti Thailand dan Filipina di Asia Tenggara.

Read more

Pelaburan Hartanah, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

6 Kos Yang Perlu Ditanggung Dalam Pelaburan Hartanah

 

6. CBRE Group

CBRE (CB Richard Ellis) Commercial Real Estate Services Group, Inc. adalah sebuah syarikat Amerika hartanah komersil dan ibu pejabat mereka terletak di Los Angeles, California. CBRE adalah syarikat perkhidmatan hartanah komersil dan firma pelaburan, dengan pendapatan pada 2016 sebanyak $13.1 bilion dan mempunyai lebih daripada 75,000 pekerja. CBRE menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk kemudahan, pengurusan hartanah, pengurusan pelaburan, penilaian dan pentaksiran, pajakan hartanah, jualan hartanah, perkhidmatan gadai janji dan perkhidmatan pembangunan.

7. Colliers International

Colliers International adalah organisasi penasihat hartanah yang berpusat di Kanada. Colliers International menyediakan perkhidmatan perundingan hartanah dalam pelbagai bentuk, termasuk penilaian umum, pengurusan dana, perundingan destinasi dan pelaburan bersama hartanah.

Colliers International adalah salah satu firma hartanah komersial terbesar di dunia dengan mempunyai sebanyak 15,000 pekerja profesional di 68 negara.

8. Eastdil Secured

Eastdil Secured adalah perintis hartanah dan firma perbankan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman perbankan pelaburan lebih daripada 40 tahun. Eastdil Secured memaksimumkan peluang dengan strategi luar biasa, yang menghasilkan transaksi yang paling optimum dan cekap.

Pengetahuan hartanah Eastdil Secured telah menghasilkan lebih daripada $ 1.5 trilion dalam transaksi sejak tahun 2005.

9. Zillow.com

Zillow.com yang juga dikenali sebagai kumpulan Zillow atau hanya Zillow, adalah syarikat pangkalan data dan portal dalam talian. Zillow diasaskan oleh Rich Barton dan Lloyd Frink – bekas eksekutif Microsoft, yang juga merupakan pengasas Expedia, syarikat percutian – pada tahun 2005.

Zillow menyediakan kemudahan dan aplikasi yang diperlukan oleh pengguna untuk membantu mereka membuat keputusan hartanah dengan bijak. Pangkalan data ini mempunyai lebih daripada 110 juta rumah.

10. Keller Williams Realty, Inc.

Pembekal perkhidmatan hartanah ini adalah francais hartanah antarabangsa Amerika. Ditubuhkan pada tahun 1983 dan ibu pejabat mereka terletak di Austin, Texas. Keller Williams mempunyai lebih daripada 700 pejabat di seluruh dunia, dengan lebih 140,000 rakan sekerja. Pada tahun 2012, Keller Williams dikenali sebagai syarikat yang mencapai 91% keuntungan di pejabat kebangsaannya, prestasi yang dicemburui oleh ramai.

Jika anda berminat untuk membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, klik disini.

Ingin menjadi sebahagian daripada pasukan antarabangsa kami? Sertai IQI hari ini!

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.

Related posts

How Technology is Changing the Real Estate Industry

Nabila

Strong interest from mainland Chinese buyers expected next year

Aliaa

Top 10 statements disliked by property agents

Aliaa